Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Avatar 3, 4, & 5 Ditunda, Disney Dedah Tarikh Baharu


Sekuel Avatar arahan James Cameron telah ditunda dengan Disney mengumumkan tarikh tayangan baharu untuk tiga filem Avatar seterusnya.

Filem Avatar 3, yang sepatutnya ditayangkan pada 20 Disember 2024, telah ditunda setahun iaitu pada 19 Disember 2025. 

Sementara Avatar 4 dan Avatar 5 kini ditetapkan pada 21 Disember 2029 dan 19 Disember 2031. Kedua-dua filem itu pada awalnya ditetapkan pada 18 Disember 2026 dan 22 Disember 2028, namun kini ia ditunda tiga tahun dari tarikh asal.

Avatar: The Way of Water telah membuat debut pawagam pada 16 Disember yang lalu, dan segera menjadi filem ketiga paling laris sepanjang zaman dengan kutipan hampir AS$2.32 juta dolar. Filem tersebut bukan sahaja mendapat beberapa pencalonan di Anugerah Akademi, malah turut menjadi penanda aras baharu untuk kesan khas. 

Diterbitkan oleh Cameron, bersama rakan kolaborasinya, Jon Landau, filem terbitan 20th Century Studios dengan kerjasama Lightstorm Entertainment, menampilkan barisan pelakon seperti Sam Worthington, Zoe Saldaña, Sigourney Weaver, Stephen Lang, Cliff Curtis dan Kate Winslet


Ditetapkan sedekad selepas filem pertama, Avatar: the Way of Water  mengikuti bab seterusnya kehidupan Jake (Sam Worthington) dan Neytiri (Zoe Saldana) yang kini menjadi ibu bapa. Kehidupan bahagia dan damai keluarga mereka tiba-tiba berubah dengan kembalinya operasi perlombongan RDA di Pandora, yang dalam filem pertama, telah dikalahkan dan dihantar semula ke Bumi.

REVIEW: AVATAR: THE WAY OF WATER


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee