Jadual tayangan filem-filem Marvel Cinematic Universe telah dikemaskini!
Disney baru-baru ini telah merombak jadual tayangan filem-filem MCU Fasa 5 dan 6 yang akan datang. Fasa 5 telah dimulkan dengan filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania dan Guardians of the Galaxy Vol. 3, dan kini jadual tayangan filem-filem seterusnya telah dikemaskini seperti berikut:
- The Marvels – 10 November 2023
- Deadpool 3 – 3 Mei 2024 (sebelum ini 8 November 2024)
- Captain America: Brave New World – 26 Julai 2024 (sebelum ini 3 Mei 2024)
- Thunderbolts – 20 Disember 2024 (sebelum ini 26 Julai 2024)
- Blade – 14 Februari 2025 (sebelum ini 6 September 2024)
- Fantastic Four – 2 Mei 2025 (sebelum ini 14 Februari 2025)
- Avengers: The Kang Dynasty – 1 Mei 2026 (sebelum ini 2 Mei 2025)
- Avengers: Secret Wars – 7 Mei 2027 (sebelum ini 1 Mei 2026)
Projek MCU seterusnya adalah Secret Invasion, siri terbaru Disney+ yang akan ditayangkan pada 21 Jun 2023.