Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’


Pengarah kreatif Disney dan Pixar, Jay Ward mengesahkan bahawa filem terbaru francais Cars kini sedang dalam pembangunan.

Ward, yang telah bekerja di Pixar Animation Studios selama 25 tahun, membincangkan masa depan francais Cars di Porsche Rennsport Reunion 7 baru-baru ini. “Terdapat lebih banyak perkara mengenai Cars, saya tidak boleh boleh membincangkan pekara itu lebih lanjut,” katanya kepada The Late Brake Show (melalui ComicBook.com).

“Cars mempunyai kehidupan yang akan terus berjalan. Saya sedang mengusahakan beberapa projek yang menyeronokkan sekarang yang akan anda lihat dalam beberapa tahun akan datang. Kami mengambil sedikit masa untuk membuatnya.”

Francais animasi Cars bermula pada tahun 2006 dengan filem eponim yang dibintangi oleh Owen Wilson sebagai suara kereta lumba antropomorfik Lightning McQueen. Dua sekuel kemudian dikeluarkan pada 2011 dan 2017.

Filem spin-off bertajuk Planes ditayangkan di pawagam pada 2013. Filem itu mendapat sekuelnya sendiri pada 2014. Siri The Cars telah melahirkan empat filem pendek yang berdiri sendiri, dengan Planes turut mendapat filem pendeknya sendiri.



Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee

Sarah Desjardins & Cameron Monaghan Membintangi Filem Terbaru Disney ‘Tron: Ares’

Kakimuvee