Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez


Enam bulan sebelum filem terbaru Alien akan ditayangkan di pawagam, filem yang diarahkan pengarah Fede Alvarez itu telah mendapat tajuk rasmi, iaitu Alien: Romulus.

Alien: Romulus ialah filem Alien pertama sejak 20th Century Fox diperoleh oleh Disney. Musuh Alien, Predator, yang sebelum ini turut dimiliki 20th Century Studios, telah membuat debut pertamanya di rumah baru menerusi filem prekuel Prey yang diarahkan oleh Dan Tranchenburg.

Filem terbaru itu akan diterajui Cailee Spaeny (The Craft: Legacy, Priscilla), Isabela Merced (Sicario: Day of the Soldado), David Jonsson (Industry, Rye Lane), Archie Renaux (Shadow and Bone), Spike Fearn (Tell Me Everything), dan Aileen Wu.

Pencipta francais, Ridley Scott akan berkhidmat sebagai penerbit bersama Michael Pruss.

Butiran plot dan karakter masih dirahsiakan. Tetapi, difahamkan, filem terbaru akan datang tidak akan ‘terikat’ dengan filem-filem sebelumnya.


Sebagai peminat francais ikonik itu, Alvarez telah mengemukan idea kepada Scott beberapa tahun yang lalu, dan perbualan biasa mereka bertukar menjadi serius apabila Scott menghubunginya pada tahun lalu, bertanyakan sama ada beliau berminat untuk mengarahkan filem terbaru Alien ataupun tidak.

20th Century Studios menetapkan tarikh tayangan Alien: Romulus pada 16 Ogos 2024


Related posts

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee