Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bayaran AS$1 Juta Amber Heard Ke Johnny Depp Akan Disalur Ke Badan Amal


Bayaran penyelesaian AS$1 juta Amber Heard ke Johnny Depp akan disalurkan ke pelbagai badan amal, lapor TMZ. 

Menurut sumber yang rapat dengan TMZ, wang itu — yang dibayar melalui syarikat insurans Heard selepas Heard dan Depp bersetuju untuk menyelesaikan kes mereka — akan dibahagikan sama rata iaitu AS$200,000 untuk lima badan amal yang berbeza. 

Badan amal yang dimaksudkan ialah Make-A-Film FoundationThe Painted TurtleRed FeatherTetiaroa Society, dan Amazonia Fund Alliance.

Badan-badan amal tersebut menjalankan pelbagai aktiviti dari membantu kanak-kanak yang sakit dengan penyakit yang mengancam nyawa dan menyediakan tempat tinggal untuk komuniti yang kehilangan haknya dari segi sejarah sehinggalah memelihara ekosistem/persekitaran semula jadi di peringkat global

Johnny Depp, dari awal lagi, telah berkata dia tidak berniat untuk membankrupkan bekas isterinya itu, tetapi sebaliknya, mahu memulihkan nama dan reputasinya.


Tindakannya mendermakan wang bayaran dari Heard itu sekaligus mengukuhkan kenyataannya itu.


Related posts

[TRAILER] Amber Heard Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru ‘In The Fire’

Kakimuvee

Johnny Depp Ditawarkan AS$20 Juta Untuk Kembali Sebagai Jack Sparrow, Namun Dia Menolak

Kakimuvee

Johnny Depp Jalin Hubungan Cinta Dengan Peguam Sendiri, Tetapi Bukan Camille Vasquez

Kakimuvee

Saga Amber Heard-Johnny Depp Diteruskan, Kedua-Duanya Enggan Bayar Ganti Rugi

Kakimuvee

Permohonan Amber Heard Untuk Perbicaraan Semula Di Tolak Mahkamah

Kakimuvee

Amber Heard ‘Merayu’ Kepada Johnny Depp Untuk Kurangkan Hutang AS$10 juta

Kakimuvee