
Dalam temubual terbaru dengan Los Angeles Times, pencipta bersama yang juga showrunner The Last of Us, Craig Mazin mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan filem baharu Pirates of the Caribbean bersama penulis skrip francais Ted Elliott.Ā
Mazin mengesahkan bahawa Disney menyukai skrip yang ditulis Elliot untuk projek yang masih belum mempunyai tajuk. Beliau juga turut memberitahu bahawa reaksi studio tidak dijangka kerana cerita yang dibuat mereka “terlalu pelik”
“Kami mengemukakannya [idea] dan menganggap tidak mungkin mereka akan menyukainya kerana ia terlalu pelik. Dan mereka menyukainya,” kata Mazin. “Dan kemudian dia menulis skrip yang hebat dan mogok berlaku dan semua orang kini sedang menunggu.”
Pencipta The Last of Us itu memberitahu, mereka sedang merangka projek itu sebelum tercetusnya mogok penulis dan pelakon.
Buat masa ini tidak dipastikan sama ada projek yang dibangunkan Mazin adalah dua projek Pirates of the Caribbean yang digoda penerbit Jerry Bruckheimer, atau sama ada ia adalah projek baharu sama sekali.Ā
Salah satu projek Bruckheimer adalah filem yang sepatutnya diterajui Margot Robbie sebelum ia dibatalkan.Ā
“Kami mempunyai skrip yang baik,” ujar Bruckheimer yang mengusik dua projek baharu Pirates of the Caribbean sebelum ini.Ā
“Kami membangunkan dual, dengan satu daripadanya diterajui Margot Robbie dan satu lagi dengan pelakon yang lebih muda. Margot Robbie memerlukan sedikit kerja lagi. Pencarian pelakon muda semakin hampir. Mudah-mudahan kita akan mendapat kedua-duanya.”