Sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan, pelakon utama filem Goosebumps Jack Black tidak akan kembali membintangi sekuel yang akan diterbitkan oleh Sony. Ia gara-gara percanggahan jadual aktor tersebut yang pada masa itu sedang terlibat dalam penggambaran sebuah lagi filem fantasi seram berjudul The House With the Clocks on the Wall.
Kini laporan terbaru dari laman web Movieweb.com, Jack Black disahkan akan kembali membawakan watak R.L. Stine dalam filem kedua akan datang. Dengan pengesahan tersebut, pihak Sony telah menukar tarikh tayangan filem tersebut dari 12 September 2018 ke tarikh baru iaitu pada 12 Oktober 2018. Tujuannya bagi mengelakkan pertembungan satu lagi filem lakonan Jack Black iaitu The House With The Clocks On The Wall yang ditayangkan pada 21 September 2018. Pertukaran tarikh oleh Sony juga memberi lebih masa kepada Goosebumps 2 untuk disiapkan.
Filem Goosebumps 2 kali ini akan menyaksikan kerusi pengarahan diberi kepada Ari Sandel selepas pengarah filem pertama Rob Letterman telah diberi tugas mengarah filem Detective Pikachu oleh studio Legendary Pictures.
Filem pertama Goosembumps yang diterbitkan pada 2015 berjaya mengutip $150.1 juta seluruh dunia dengan kos pembikinan sebanyak $58 juta