Sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan, pelakon utama filemĀ Goosebumps Jack Black tidak akan kembali membintangi sekuel yang akan diterbitkan oleh Sony. Ia gara-gara percanggahan jadual aktor tersebut yang pada masa itu sedang terlibat dalam penggambaran sebuah lagi filem fantasi seram berjudulĀ The House With the Clocks on the Wall.
Kini laporan terbaru dari laman web Movieweb.com, Jack Black disahkan akan kembali membawakan watakĀ R.L. Stine dalam filem kedua akan datang. Dengan pengesahan tersebut, pihak Sony telah menukar tarikh tayangan filem tersebut dari 12 September 2018 ke tarikh baru iaitu pada 12 Oktober 2018. Tujuannya bagi mengelakkan pertembungan satu lagi filem lakonan Jack Black iaituĀ The House With The Clocks On The Wall yang ditayangkan pada 21 September 2018. Pertukaran tarikh oleh Sony juga memberi lebih masa kepadaĀ Goosebumps 2 untuk disiapkan.
Filem Goosebumps 2 kali ini akan menyaksikan kerusi pengarahan diberi kepadaĀ Ari Sandel selepas pengarah filem pertama Rob Letterman telah diberi tugas mengarah filemĀ Detective PikachuĀ oleh studio Legendary Pictures.
Filem pertama Goosembumps yang diterbitkan pada 2015 berjaya mengutipĀ Ā $150.1 juta seluruh dunia dengan kos pembikinan sebanyak $58 juta