Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Goosebumps 2 Kembali Diteruskan Tanpa Jack Black?

Sekuel filem Goosebumps yang sebelum tergendala kini kembali diteruskan selepas Sony Pictures, telah mengambil penulis skrip Rob Lieber untuk menulis skrip terbaru walaupun skrip asal untuk sekuel ini telah disiapkan.

Filem kedua yang berjudul Goosebumps: Horrorland akan menyaksikan Rob Letterman kembali sebagai pengarah filem dan Darren Lemke akan bergandingan dengan Rob Leiber untuk menulis skrip baru filem ini. Sony Pictures terpaksa mengubah skrip disebakan aktor utamanya, Jack Black dilaporkan tidak akan kembali membintangi sekuel kali ini.

Menurut laporan Variety, skrip baru yang ditulis oleh Rob Lieber nanti tidak akan melibatkan karakter R. L. Stine yang dilakonkan oleh aktor komedi tersebut.

Faktor jadual pengambaran yang padat menjadi punca kepada Jack Black untuk tidak kembali membawakan wataknya dalam filem Goosebumps: Horrorland. Dilaporkan, aktor komedi berkenaan meletakkan harga sebanyak $6-hingga ke $8 juta untuk membolehkan dia kembali berlakon dalam filem tersebut.

Namun disebabkan kos yang tinggi, Sony Pictures membuat keputusan untuk mengubah keseluruhan skrip untuk filem terbaru. Bagaimanapun, pihak studio tetap mengalu-alukan Jack Black kembali dalam filem kali ini. Jika pelakon tersebut membuat keputusan untuk kembali, mereka akan gunakan skrip asal yang ditulis oleh Darren Lemke.

Jack Black kini sedang dalam proses penggambaran untuk filem seram klasik The House with a Clock in its Walls bersama-sama pelakon Cate Blanchett yang mana tarikh tayangan filem tersebut sama seperti sekual Goosebumps iaitu pada 21 September 2018.

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment