Slot Tempatan

Studio Penerbitan Tempatan Paling Laris Tahun Ini

Views

Secara keseluruhan, sebanyak 57 buah filem tempatan telah ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan sepanjang tahun 2017. Dari jumlah tersebut, terdapat beberapa filem telah dihasilkan dan dikeluarkan oleh studio yang sama, malah terdapat juga produksi yang menerbitkan lebih dua filem pada tahun ini.

Jadi kami di Kakimuvee ingin kongsikan senarai 10 pengeluar filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi tahun ini. Jumlah kutipan mengikut syarikat pengeluar filem ini berdasarkan data dari Finas

10. Suhan Movies (RM431,573)

Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. telah menghasilkan sebuah filem yang berjudul Rempit Sampai Langit. Diarahkan oleh Silver dan dibintangi oleh Ajak Shiro, Nabila Huda, Tauke Jambu dan beberapa pelakon lain, filem ini berjaya mengutip sebanyak RM431573 dan berjaya bertahan di pawagam-pawagam tempatan selama 21 hari.

9. Lomo Pictures. (RM 724,715)

Lomo Pictures Sdn Bhd. yang berpengkalan di Bandar Puchong, Selangor telah menerbitkan sebuah filem seram berjudul Haunted Hotel atau juga dikenali sebagai Haunted Road 2. Dibintangi oleh pelakon-pelakon dari China, Thailand dan juga Malaysia, filem dihasilkan dengan kerjasama dengan produksi He Media of China dari China  Walaupun kutipan di Malaysia hanya RM 724715 sahaja, tetapi kutipan di China sangat memberangsangkan apabila berjaya mengutip hampir RM10 juta dan ditayangkan di 800 buah panggung wayang di negara tersebut.

8. Asia Tropical (RM801,250)

Filem Goodbye Mr. Loser arahan Adrian The Kean Kok telah mengutip sebanyak RM801,250 sepanjang 21 hari tayangan dipawagan-pawagam tempatan. Filem ini adalah remake dari filem China yang popular pada tahun 2015

BACA:  Mira Filzah Bawa Watak Kembar Dalam Drama BIDADARI KIRIMAN TUHAN

7. Nuansa Sdn Bhd. (RM 1,731,818)

Filem arahan Osman Ali, Pinjamkan Hatiku yang dikeluarkan oleh Nuansa Sdn. Bhd menunjukan prestasi yang baik di panggung wayang tempatan apabila berjaya mengutip sebanyak RM 1,731,818 sepanjang 21 hari tayangan

6. MIG Pictures (RM1,897,539)

MIG Pictures merupakan salah sebuah studio penerbitan filem terbesar tanah air. Sepanjang tahun 2017, sebanyak 4 buah filem telah dihasilkan oleh MIG iaitu Kolestrol VS Cinta yang mengutip hanya RM48 ribu, Dorm Melati dengan kutipan RM353,676, Love From Kampung Pisang yang merupakan filem kutipan tertinggi MIG tahun ini dengan kutipan sebanyak RM1,051,146 dan filem seram Hospital dengan kutipan RM 443, 841. Kutipan dari filem-filem tersebut telah menyumbang sebanyak RM 1,897,539 kepada MIG Pictures

5. Nusantara Seni Karya (RM 2,446,055)

Pada asalnya, filem terbitan anak syarikat Astro, Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd. yang berjudul Bisik Pada Langit ini hanya bertujuan untuk tayangan di Astro First sahaja, namun pihak Astro mendapati, karya Kabir Bhatia ini mempunyai potensi besar jika ditayangkan di layar perak, dan hasilnya, filem Bisik pada Langit berjaya mengutip lebih RM2 Juta sepanjang tempoh tayangan.

4. Three Pictures (RM4,144,352)

Three Pictures Sdn Bhd. telah mengeluarkan sekuel kepada filem hit mereka pada tahun 2016 yang berjudul Kid From Big Apple. Filem kedua arahan Jess Teong yang berjudul Kid From Big Apple: Before We Forget telah berjaya mengutip kutipan lebih RM4 juta sepanjang 6 minggu tayangan di panggung tempatan. Filem ini juga ditayangkan di Singapura dan bakal ditayangkan di pawagam-pawagam Indonesia.

BACA:  MAEL TOTEY: Syahmi Sazli Tidak Terkesan Dengan Kritikan Negatif

3. Primeworks Studios (RM 7,769,559)

Salah Satu Babak filem J Revolusi

Primeworks Studios antara pengeluar filem yang aktif pada tahun ini. Mereka telah mengeluarkan tiga buah filem dengan salah satunya hasil kerjasama dengan produksi Infinitus Production Sdn. Bhd. Hasil kutipan filem-filem seperti J Revolusi, Lebuhraya Ke Neraka dan Kau Takdirku telah menyumbang kutipan lebih dari RM7 juta.

2. Astro Shaw (RM10,904,268)

Astro Shaw banyak bekerjasama dengan beberapa produksi dalam menerbitkan beberapa filem pada tahun ini. Antara yang paling meletup adalah kerjasama dengan Skop Production menerusi filem Abang Long Fadil 2 apabila berjaya memecah rekod kutipan tertinggi tanah air. Astro Show menduduki tangga kedua studio pengeluar paling tinggi kutipan tiket apabila mengutip lebih RM 10 juta menerusi filem-filem Tombiruo, You Mean The World To Me, Kau Yang Satu dan Kimchi Untuk Awak

1 Skop Production (RM18,150,223)

Abang Long Fadil 2 yang dikeluarkan oleh Skop Production bukan sahaja menjadi menjadi filem kutipan paling tinggi tahun ini, malah merampas kedudukan kedua dari filem Polis Evo apabila menjadi filem kedua paling laris sepanjang zaman dibelakang filem Munafik yang mengumpul kutipan sebanyak RM19 juta. Kejayaan filem Abang Long Fadil 2 membuktikan filem bertemakan aksi komedi ini masih digemari oleh pengemar-pengemar filem tempatan.

Tinggalkan Balasan

shares