
Disney+ telah mengeluarkan teaser terbaru Loki Musim 2 lakonan veteran MCU Tom Hiddleston. Siri popular ini dijadualkan kembali pada 6 Oktober 2023.
Video itu memaparkan rakaman baharu pengembaraan God of Mischief ketika dia cuba menangani akibat buruk Sylvie yang membunuh He Who Remains.
Ia juga menyerlahkan ketidakstabilan multiverse yang semakin meningkat, dengan Loki mengalami gelinciran-masa yang tidak terkawal, di mana dia ditarik melalui titik rawak dalam masa dan ruang.
Anda boleh tonton teaser tersebut dibawah:
“Loki menavigasi multiverse yang semakin berkembang dan semakin berbahaya untuk mencari Sylvie, Judge Renslayer, Miss Minutes, dan kebenaran tentang apa yang dimaksudkan untuk memiliki kehendak bebas dan tujuan mulia,” menurut sinopsis untuk musim baharu.
Loki Musim 2 akan ditayangkan di Disney+ pada 6 Oktober dan ia dibintangi Tom Hiddleston, Sophia Di Martino, Gugu Mbatha-Raw, Wunmi Mosaku, Eugene Cordero, Rafael Casal, Tara Strong, Kate Dickie, Liz Carr dan Neil Ellice, bersama Jonathan Majors, Ke Huy Quan, dan Owen Wilson.
Kali terakhir peminat melihat God of Mischief adalah semasa finale Musim 1. Dalam episod itu, dia mendapati dirinya terperangkap dalam realiti alternatif TVA yang lain, selepas berpisah dengan Sylvie yang membunuh He Who Remains.
Loki Musim 2 diarahkan oleh Justin Benson dan Aaron Moorhead, yang baru-baru ini menerajui siri Moon Knight. Duo ini akan menggantikan Kate Herron, yang masih kekal dalam projek itu sebagai penerbit