Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
AnimeStreaming

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini


Selepas mengagumkan penonton Jepun selama empat dekad dengan gambaran futuristik yang mengubah pertempuran mecha, penerokaan angkasa lepas serta lagu dan skor asalnya yang memenangi anugerah, majoriti katalog anime Macross boleh distrim tahun ini di Disney+ Hotstar.

Macross menggambarkan nasib umat manusia susulan kapal angkasa makhluk asing yang terhempas di Bumi, menyebabkan perang angkasa antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ancaman luar angkasa yang tidak diketahui yang membawa manusia untuk ambang kepupusan.

Disebabkan peperangan, Kerajaan Baru PBB memulakan rancangan penghijrahan untuk memastikan kelangsungan hidup umat manusia. Tidak lama selepas itu, armada jarak jauh ultra pertama, Megaroad-01 meninggalkan Bumi, menandakan permulaan pengembaraan manusia ke angkasa lepas. Siri Macross seterusnya menggambarkan kehidupan dan peristiwa generasi akan datang, termasuk konflik mereka dengan bentuk kehidupan asing dan kekuatan lagu, menghasilkan bunyi yang memenangi anugerah yang dipaparkan di seluruh francais.

Penuh dengan aksi, percintaan, muzik dan tema moden yang menyentuh hati, katalog Macross telah menarik peminat di seluruh dunia sejak ia mula-mula ditayangkan pada tahun 1982.

Jangan lupa saksikan keseluruan katalog Macross lewat tahun ini di Disney+ Hotstar.



Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Raikan Musim Raya Dengan Rancangan Menarik Di Prime Video April Ini!

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee