Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaStreaming

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV


Warner Bros. Discovery dan Unifi mengumumkan kerjasama mereka yang seterusnya di Malaysia, dengan pelancaran empat  saluran HBO dan perkhidmatan penstriman HBO GO. 

HBO, HBO Family, HBO Hits dan Cinemax akan dilancarkan di Unifi TV, menawarkan penonton akses kepada beberapa siri TV dan filem terbaik dunia. Semua pelanggan pek Unifi TV akan  dapat menikmatinya melalui pratonton percuma selama 30 hari mulai 1 September. 

Dengan pertambahan HGTV dan Cartoon Network di Unifi TV pada bulan Ogos, WBD kini  menawarkan sembilan salurannya serta perkhidmatan penstriman serantau, HBO GO, yang akan  tersedia pada bulan Oktober. 

Shonali Bedi, Ketua Affiliate Distribution & Digital Partnerships – Warner Bros. Discovery, Asia  Tenggara & Hong Kong, berkata: “Portfolio kandungan WBD dengan Unifi berkembang dengan  baik. Dengan penambahan saluran HBO di Unifi TV dan HBO GO, lebih ramai peminat di Malaysia akan dapat menikmati jenama unik hiburan premium HBO berbanding sebelum ini. HBO GO menawarkan pelanggan peluang untuk memuat turun dan menstrim pelbagai penceritaan  terhebat untuk semua lapisan masyarakat, dengan filem dan siri merentas genre – drama, komedi, kanak-kanak, fakta, gaya hidup dan banyak lagi – pada bila-bila masa, di mana sahaja.” 

Anand Vijayan, Naib Presiden Eksekutif Unifi, berkata, “Kami gembira dapat sekali lagi  bekerjasama dengan Warner Bros. Discovery untuk memperluas pilihan saluran antarabangsa kami untuk semua pelanggan Unifi TV. Saluran filem ini akan menjadi penambahan hebat yang  kini menjadikan tawaran kami kepada sebanyak 77 saluran. Melalui kerjasama ini kami  memperkukuh saluran antarabangsa Unifi TV dan tawaran bersama rakan penstriman global,  dan meningkatkan pilihan kandungan dan hiburan dalam talian pada harga yang berpatutan untuk  semua rakyat Malaysia. Sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setia kami, kami akan menawarkan pratonton percuma untuk saluran ini selama 30 hari kepada semua pelanggan pek  Unifi TV mulai 1 September.” 


HBO ialah salah satu jenama hiburan yang diiktiraf dan inovatif di dunia, yang terkenal dengan  rancangan seperti Game of Thrones, The Last of Us, House of the Dragon dan The White Lotus  – serta banyak filem blockbuster terbesar Hollywood, termasuk pemenang anugerah drama  Emmy® – Succession dan Barry.

Pelanggan Unifi TV akan mendapat akses kepada tajuk popular terkini, termasuk musim kedua  Winning Time: The Rise of the Lakers Dynasty, HBO Asia Original MarkKim + Chef, dan tayangan  perdana filem baharu di HBO pada bulan September termasuk Shazam! Fury of the Gods, Tár  dan Dungeon & Dragons: Honor Among Thieves.

Mulai Oktober dan seterusnya, HBO GO juga  akan tersedia kepada pelanggan Unifi TV memberikan mereka akses penstriman yang tiada  tandingan kepada siri dan filem DC, HBO Originals, Wizarding World, Looney Tunes, Tom & Jerry  dan banyak lagi merentasi pelbagai peranti. 


Related posts

HBO Batal Siri ‘The Idol’ Selepas Musim 1

Kakimuvee

HOT WHEELS: Mattel Mengadakan Pertemuan Dengan Pengarah

Kakimuvee

Filem Blockbuster Thailand ‘Khun Pan 3’ Akan Ditayangkan HBO & HBO GO Pada 4 Ogos Ini

Kakimuvee

Superman Legacy: David Corenswet & Rachel Brosnahan Disahkan Bawa Watak Superman & Lois Lane

Kakimuvee

SUPERMAN LEGACY: Adik Beradik Skarsgård Disenarai Pendek Untuk Watak Lex Luthor

Kakimuvee

Christian Bale Enggan Membuat Penampilan Cameo Dalam Filem The Flash

Kakimuvee