Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER


Deadpool & Wolverine kini menjadi antara filem Marvel Cinematic Universe yang paling dinantikan peminat, dan menurut pencipta Deadpool, filem tersebut akan menjadi bualan peminat dalam masa yang cukup lama.

Ketika bercakap di Twitter baru-baru ini, Rob Liefeld memberi pujian melangit pada filem akan datang, menyifatkan ia memiliki adegan aksi terbaik berbanding mana-mana filem Marvel sejak filem Captain America: The Winter Soldier. 

Dia mengulas beberapa adegan pergaduhan sebelum mengisytiharkan bahawa filem itu akan menjadi salah satu filem buku komik terbaik yang pernah ada.

“Saya telah memberitahu semua orang betapa hebatnya filem ini dan ia memiliki aksi terbaik sejak Winter Soldier,” kata Liefeld. “Perlawana kereta! Pergaduhan hutan! Pertarungan! Ia akan menjadi Filem Buku Komik terbaik sepanjang masa!”

Deadpool & Wolverine diarahkan oleh Shawn Levy daripada skrip yang ditulis oleh Reynolds, Levy Rhett Reese, Paul Wernick, dan Zeb Wells. Ansuran ketiga itu juga akan dibintangi Hugh Jackman dan Jennifer Garner, yang akhirnya keluar dari persaraan adiwira mereka untuk memainkan semula watak ikonik Marvel masing-masing sebagai Wolverine dan Elektra.


Ia juga menampilkan kepulangan pelakon asal Leslie Uggams sebagai Blind Al, Morena Baccarin sebagai Vanessa, Rob Delaney sebagai Peter, Stefan Kapicic sebagai Colossus, Karan Soni sebagai Dopinder, Brianna Hildebrand sebagai Negasonic Teenage Warhead, dan Shioli Kutsuna sebagai Yukio.

Selain itu, Emma Corrin (The Crown) dan Matthew Macfadyen (Succession) juga telah menyertai barisan pelakon untuk memainkan watak Cassandra Nova dan ejen TVA, Paradox.


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee