Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Superman Legacy: David Corenswet & Rachel Brosnahan Disahkan Bawa Watak Superman & Lois Lane


Teka-teki mengenai siapakah yang akan membawa watak Superman dan Lois Lane dalam filem DCU Superman: Legacy akhirnya terjawab apabila Deadline mendedahkan dua pelakon yang telah dipilih oleh James Gunn untuk mengalas watak tersebut. 

Clark Kent/Superman versi DCU akan dilakonkan oleh David Corenswet (Pearl, The Politician), manakala bintang The Marvelous Mrs. Maisel Rachel Brosnahan akan memainkan watak Lois Lane. 

Pemilihan itu dibuat selepas beberapa pelakon, yang terdiri daripada Nicholas Hoult, Tom Brittney, Emma Mackey dan Phoebe Dynevor, menjalani ujian skrin.

Buat masa ini, tidak banyak diketahui tentang Superman: Legacy, tetapi peminat nampaknya tidak sabar untuk melihat versi baharu Superman dalam DC Universe. 

“Superman: Legacy mengisahkan perjalanan Superman untuk mendamaikan warisan Kryptoniannya dengan didikan manusia sebagai Clark Kent dari Smallville, Kansas,” menurut sinopsis rasmi filem itu. “


Dia adalah perwujudan kebenaran, keadilan dan cara Amerika, dipandu oleh kebaikan manusia di dunia yang melihat kebaikan sebagai cara lama.”

Penggambaran Superman: Legacy dijangka bermula pada awal 2024, dan akan ditayangkan pada 11 Julai 2025.


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Peminat Gambarkan Alexandra Daddario Sebagai Wonder Woman

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee