Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat


Suatu ketika dahulu, Nicolas Cage hampir membintangi Superman Lives, sebuah filem Superman arahan Tim Burton.

Bagaimanapun, menurut Cage, filem itu gagal untuk dihasilkan kerana campur tangan studio.

Bercakap semasa penampilan di Festival Filem Laut Merah di Jeddah, Arab Saudi minggu lalu (melalui Deadline), Cage bercakap secara ringkas mengenai filem itu. Menurut pelakon itu, studio pada masa itu tidak mahu Burton mengarahkannya, serta bimbang dengan kos pembikinan filem tersebut.

“Tim terkenal dengan Mars Attacks!, dan ia adalah filem yang cemerlang. Mereka mahu Renny Harlin mengarahkannya,”

“Kami semakin hampir untuk merealisasikannya, tetapi studio membatalkan semuanya,” katanya.


“Saya fikir mereka takut tentang kosnya dan pulangan yang bakal mereka terima”

Superman Lives pada asalnya dibangunkan pada pertengahan 1990-an dan ditulis oleh Kevin Smith selepas dia mencadangkan idea untuk filem itu kepada penerbit Jon Peters.

Tarikh tayangan pada asalnya dirancang pada tahun 1998, dengan Kevin Spacey dalam perbincangan untuk memainkan watak Lex Luthor, Christopher Walken sebagai pelakon pilihan untuk Brainiac, dengan Sandra Bullock, Courteney Cox, dan Julianne Moore bersaing untuk watak Lois Lane, dan Chris Rock sebagai Jimmy Olsen.

Akhirnya, projek itu ditangguhkan pada tahun 1998 dan tidak pernah berlaku sama sekali.

Lagenda Superman Lives diperincikan dalam dokumentari tahun 2015, The Death of Superman Lives: What Happened?, oleh Jon Schnepp yang memaparkan temu bual dengan Burton.

Sekiranya filem itu dibuat, Superman Lives akan menjadi adaptasi longgar dari DC The Death of Superman, dengan Man of Steel berhadapan dengan Lex Luthor, Brainiac, dan labah-labah makhluk asing gergasi.

Walaupun projek itu tidak pernah dibuat, pengarah The Flash Andy Muschietti meyakinkan Cage untuk membawa watak cameo sebagai Superman versi Tim Burton dalam filem The Flash.


Related posts

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee