Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing


Nampaknya Warner Bros. Discovery telah memutuskan masa depan DC Universe, terutamanya nasib para pelakon dalam dunia sinematik terdahulu.

Menurut laporan terbaru Variety, pihak studio kini bersedia untuk memulakan DC Universe dengan segar sepenuhnya. Laporan itu turut menyebut, filem akan dating, Aquaman and the Lost Kingdom akan menyediakan beberapa maklumat penting tentang masa depan DC Universe.
Secara khusus, Variety menyatakan bahawa “tiada” bintang dari Batman v Superman dan Zack Snyder: Dawn of Justice League atau Justice League akan kembali ke DCU, sekurang-kurang tidak akan mengulangi peranan mereka.

Ini termasuklah Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Ezra Miller, dan juga Jason Momoa, yang Variety berkata mereka tidak akan mengulangi peranan masing-masing pada masa hadapan.

Bagaimanapun nasib Momoa sedikit berbeza dimana dia akan kembali ke dunia sinematik DC sebagai Lobo, bukannya Aquaman, dengan sumber memberitahu Variety bahawa Momoa telah berbincang dengan Warner Bros. Discovery untuk memainkan watak itu ada dalam Superman: Legacy yang akan datang atau dalam filem kendiri.

Selama berbulan-bulan, khabar angin tentang Momoa berpotensi meninggalkan DC Universe atau menukar peranan dan berundur sebagai Aquaman untuk memainkan peranan Lobo telah berlegar-legar di atas talian.


Ketua bersama DC Studios Peter Safran bercakap tentang masa depan Momoa awal tahun ini, di mana dia berkata bahawa dia menjangkakan Momoa akan mendapat tempat dalam DCU “untuk beberapa tahun akan datang,” sama ada sebagai Aquaman atau watak lain.

Momoa sendiri juga membayangkan kemungkinan perubahan watak pada awal tahun, mengatakan bahawa dia akan “sentiasa menjadi” Aquaman, tetapi mungkin memainkan watak lain pada masa hadapan. Dia juga mengesahkan bahawa dia telah bertemu dengan Warner Bros. Discovery dan mempunyai “berita hebat” untuk dikongsi kepada peminat.


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

Peminat Gambarkan Alexandra Daddario Sebagai Wonder Woman

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee