
Sebelum Gal Gadot dipilih sebagai Wonder Woman, pelakon Alexandra Daddario merupakan antara pilihan popular peminat untuk membawa watak adiwirati Amazon itu dalam filem-filem DCEU.
Kini, dengan James Gunn mengesahkan bahawa mereka kini sedang mencari pelakon baru bagi menggantikan tempat Gadot, peluang untuk Daddario memainkan watak Wonder Woman nampaknya kembali terbuka.
Seorang peminat yang menggunakan @jaxsonderr, sengaja menaikkan kembali nama Daddario ke dalam senarai pelakon yang berpotensi untuk membawa watak Diana aka Wonder Woman. Dalam seni-peminat yang dikongsikannya di media sosial, dia telah memberi gambaran kepada kita tentang bagaimana rupa bintang White Lotus jika menyarung kostum Wonder Woman.
Seperti yang anda lihat dibawah, kostum yang dipakai Diana nampanya seperti diinspirasikan dari sut yang digunakannya semasa era DC Rebirth.
Adakah kita akan melihat Daddario mengambil-alih mantel Wonder Woman dari Gadot dalam era baru DCU?
Setakat yang diketahui, bintang Baywatch itu tidak pernah terlibat dalam perbincangan untuk membawa sebarang peranan adiwira, namun peluangnya untuk menyarung mana-mana sut adiwira masih ada.
Dalam temubual sebelum ini, Gal Gadot yakin bahawa dia akan kembali menyarung watak Wonder Woman di masa akan datang. Namun, media melaporkan bahawa Gunn tidak mengesahkan kepulangannya ke DCU.
Buat masa ini, mereka sedang membangunkan siri Paradise Lost, yang memberi fokus pada Themyscira dan Amazons, dan dijangka akan ditetapkan sebelum zaman Diana. Ini bermakna, Gal Gadot tidak akan terlibat dalam siri tersebut.