
Warner Bros. akhirnya telah mengeluarkan trailer penuh filem terakhir DCEU yang akan datang, Aquaman and the Lost Kingdom. Filem tersebut akan ditayangkan di pawagam mulai 20 Disember 2023.
Anda boleh tonton trailer Aquaman and the Lost Kingdom dibawah:
“Setelah gagal mengalahkan Aquaman buat kali pertama, Black Manta, masih didorong oleh keinginan untuk membalas dendam kematian bapanya, tidak akan berhenti untuk menewaskan Aquaman sekali lagi dan untuk selamanya,” menurut sinopsis filem itu.
“Kali ini Black Manta lebih hebat daripada sebelumnya, menggunakan kuasa mitos Black Trident, yang melepaskan kuasa purba dan jahat. Untuk mengalahkannya, Aquaman akan berpaling kepada saudaranya yang dipenjarakan, Orm, bekas Raja Atlantis, untuk menjalin pakatan yang tidak mungkin. Bersama-sama, mereka mesti mengetepikan perbezaan mereka untuk melindungi kerajaan mereka dan menyelamatkan keluarga Aquaman, dan dunia, daripada kemusnahan yang tidak dapat dielakkan.”
Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wakembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.