Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaStreaming

‘Secret Invasion’ Catat Jumlah Penonton Kedua Terendah Selepas ‘Ms. Marvel’


Siri terbaru MCU Secret Invasion nampaknya gagal menarik jumlah penonton yang besar semasa tayangan episod pertamanya pada minggu lalu. 

Menurut data dari Samba TV, seramai 994,000 isi rumah di AS telah menonton siri itu pada lima hari pertama tayangannya. 

Ini sekaligus menjadikan Secret Invasion sebagai siri MCU yang mendapat jumlah penonton kedua terendah, selepas Ms. Marvel, yang ditonton seramai 775,00 isi rumah dalam tempoh yang sama, dan dibawah She-Hulk: Attorney at Law, yang ditonton lebih 1.5 juta isi rumah 

Setakat ini, Loki masih menguasai tempat pertama dalam senarai siri MCU dengan jumlah tonton sebanyak 2.5 juta pada lima hari pertama tayangannya. 

Secret Invaision menyaksikan Fury yang perlu bergabung dengan sekutunya untuk menghentikan pencerobohan Skrull dan menyelamatkan dunia. 


Siri terbaru Marvel Disney+ ini telah memulakan tayangan perdana pada 21 Jun 2023, dengan episod baharu akan ditayangkan setiap Rabu sehingga siri finale pada 26 Julai 2023.

Veteran MCU yang terdiri daripada Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Cobie Smulders, Martin Freeman, dan Don Cheadle akan kembali meneruskan peranan mereka.

Siri itu juga akan memperkenalkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh ingsley Ben-Adir, Emilia Clarke, dan Olivia Colman


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee