Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

MORTAL KOMBAT 2: Karl Urban Buang Jambang Demi Watak Johnny Cage


Produksi Mortal Kombat 2 telah bermula di Australia, dan penerbit Todd Garner telah kongsikan gambar belakang tabit di Twitter, yang menampilkan barisan pelakon filem akan datang. 

Gambar tersebut bagaimanapun bukanlah di set penggambaran, namun peminat dapat melihat persediaan mereka dalam membawa peranan masing-masing. 

Dikalangan barisan pelakon yang berada dalam gambar tersebut, peminat bermata tajam telah melihat penampilan terbaru bintang The Boys dan Dredd, Karl Urban.

Urban dilihat telah membuang jambangnya, dengan rambut yang tersisip rapi, sesuai dengan gaya Johnny Cage, watak yang akan dilakonkannya dalam filem akan datang.

Ramai peminat terkejut apabila Urban berjaya mendapat peranan itu, dan sudah tentunya, mereka tidak sabar melihat aksinya dalam ansuran terbaru Mortal Kombat. 


Filem pertama memulakan debutnya semasa kemuncak pandemik tetapi masih berjaya menemui sedikit kejayaan di box office.

Yang paling penting, filem tersebut menjadi hit terbesar HBO Max, sekaligus membuktikan bahawa terdapat banyak minat dikalangan penonton filem untuk melihat watak permainan video ikonik ini bertarung di layar lebar. 

Dalam Mortal Kombat 2, Martyn Ford akan memainkan watak Outworld Emperor Shao Kahn, Desmond Chiam sebagai Edeniang King, Anu Thu Nguyen sebagai Queen Sindel dan Damon Herriman sebagai Quan Chi, syaitan dari Netherrealm.

Menyertai mereka adalah Tati Gabrielle dan Adeline Rudolph sebagai Jade dan Kitan, serta beberapa pelakon dari filem pertama seperti Jessica McNamee dan Josh Lawson. 

Ketua penulis Moon Knight, Jeremy Slater menulis lakonlayar untuk Mortal Kombat 2, dengan Simon McQuoid kembali sebagai pengarah. 

“Sekuel itu meneruskan kisah sekumpulan pejuang ragtag, mahir dalam cara seni mempertahankan diri, yang  mempertahankan realiti manusia yang dikenali di Earthrealm melawan Outworld.” menurut logline. 

Tarikh tayangan Mortal Kombat 2 masih belum didedahkan.


Related posts

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Karl Urban Mungkin Kembali Membawakan Watak Dredd, Tapi ..

Kakimuvee