Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

SPIRAL: FROM THE BOOK OF SAW Ditunda Ke Tahun Hadapan


Melihat pandemik koronavirus yang masih belum reda, filem terbaru francais Saw, Spiral: From the Book of Saw mengambil keputusan untuk menangguh tayangannya. Filem yang sepatutnya ditayangkan 15 Mei ini telah ditunda setahun lebih lewat dari tarikh tayangan asal iaitu 21 Mei 2021.

Berikut adalah kenyataan dari laman rasmi Saw:

Spiral: From the Book of Saw ditulis oleh Chris Rock, yang turut bergandingan dengan Samuel L. Jackson. Rock memainkan peranan sebagai seorang detektif polis yang menyiasat siri kes jenayah yang pelik. Jackson memainkan peranan sebagai ayahnya. Mereka turut disertai Max Minghella sebagai Willaim Schenk, rakan sekerja Rock dan Mariso Nichols sebagai Capt. Angie Garza, ketua kepada karakter Rock.

Filem ke-9 Saw ini akan menawarkan kepada peminat di seluruh dunia tahap baru yang semakin meningkat dengan perangkap yang licik, petunjuk pintar dan ketegangan berlebihan yang mereka harapkan dari salah satu francais seram yang paling menakutkan di dunia.

Diterbitkan penerbit Saw, Mark Burg dan Oren Koules, filem ini diarahkan oleh Darren Lynn Bousman, yang pernah mengarahkan tiga filem francais Saw yang sukses. Lakonlayar ditulis oleh Pete Goldfinger dan Josh Stolberg berdasarkan cerita yang dicipta oleh Rock. Pencipta francais Saw, James Wan dan Leigh Whannell bertindak selaku penerbit eksekutif.



Related posts

Poster Terbaru Saw X Yang Mengilukan

Kakimuvee

Tobin Bell Kembali Sebagai Jigsaw Dalam Ansuran Terbaru “Saw”

Kakimuvee

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kakimuvee

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Natasha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

8 Seram Jepun Yang Pernah Cetuskan Fenomena Suatu Ketika Dahulu

Zulaikha