Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

8 Seram Jepun Yang Pernah Cetuskan Fenomena Suatu Ketika Dahulu

J-Horror atau juga dikenali sebagai Japanese Horror pernah mencetuskan fenomena sekitar penghujung 90-an dan awal 2000-an. Perbezaannya elemen seramnya berbanding filem-filem dari Hollywood menjadi faktor kepada populariti filem seram dari Jepun. Pada waktu itu, J-Horror lebih fokus kepada ‘pyschological horror’, mencipta suasana suspen dan banyak melibatkan alam-alam mistik.

Jepun telah menghasilkan banyak filem seram, tetapi 8 filem dibawah merupakan antara filem yang sangat popular dan banyak mempengaruhi dunia filem seram, bukan sahaja Hollywood malah di seluruh dunia. 

Dark Water (2002)

Filem seram yang banyak bermain dengan emosi. Penonton pasti tersentuh melihat penghujung filem ini, tetapi ia tidak bermakna ini tidak menyeramkan. Dark Water diterbitkan pada tahun 2002 dan diarahkan oleh Hideo Nakata, pengarah yang terkenal dalam penghasilan filem-filem seram Jepun.

Dark Water mengisahkan tentang seorang ibu dan anak yang berpindah disebuah pangsapuri baru. Pangsapuri yang kelihatan sempurna pada mulanya, tidak lama kemudian, perkara-perkara pelik berlaku. Kesan air yang besar muncul di siling dan menitis secara berterusan. Misteri semakin meningkat apabila susuk tubuh kanak-kanak mula muncul di tempat-tempat ganjil dan menyebabkan Yoshimi mula mencari asal-usul kanak-kanak itu.

Hollywood telah menghasilkan semula filem ini dengan mengekalkan tajuknya dan dibintangi oleh Jennifer Connelly. Filem remake Hollywood ini telah ditayangkan pada tahun 8 Julai 2005.

Ju-on: The Curse (2000)

Juga dikenali sebagai 呪怨 Juonia merupakan antara filem seram Jepun yang paling menakutkan, penuh suspen dan juga merumitkan. Tone, mood, suasana filem ini dan disertai bunyi-bunyian mendayu-dayu dan plot yang begitu memening menjadikan filem arahan Takashi Shimizu ini sangat berjaya.

Ju-on: The Curse mengisahkan tentang Kayako, seorang wanita yang dibunuh secara kejam oleh suaminya yang turut membunuh anak mereka, Toshio. Setiap orang yang tinggal di rumah Kayako atau melawat rumah berhantu itu dibunuh atau hilang. Filem ini tidak dihasilkan semula oleh Hollywood, sebaliknya filem ketiga yang berjudul Ju-on: The Grudge telah dipilih dan diberi judul The Grudge.

Ringu (1998)

Tidak keterlaluan untuk mengatakan filem Ringu ini merupakan pemecah pengaruh filem-filem seram dari Hollwyood. Pengaruh yang dibawa oleh filem Ringu telah mewujudkan gelaran J-Horror, dimana penonton mula beralih kepada filem-filem seram dari Jepun yang lebih menitikberatkan elemen seram berbanding keganasan yang ditonjolkan oleh Hollwyood dalam filem seram mereka.

Filem arahan Hideo Nakata ini mengisahkan wartawan dan bekas suaminya menyiasat rakaman video yang disumpah yang dikhabarkan akam membunuh penonton tujuh hari selepas menontonnya. Adakah anda terbayang hantu keluar dari televisyen?

Suicide Club (2001)

Suicide Club bukan filem seram supernatural, sebaliknya ia lebih kepada filem yang memaparkan keganasan. Filem ‘indie – seram’ arahan Sian Sono ini telah mendapat perhatian yang begitu banyak di festival-festival filem disebabkan keganasan dan paparan darah yang cukup banyak.

Filem ini mengisahkan sekumpulan detektif yang cuba mencari punca kes bunuh diri yang berleluasa. 54 pelajar perempuan sekolah menengah sengaja membunuh diri dengan terjun di hadapan kereta api bawah tanah, dan kes tersebut merupakan salah satu daripada kes-kes bunuh diri paling pelik yang melanda Jepun

Over Your Dead Body (2014)

Filem supernatural horror arahan Takashi Miike ini mengisahkan tentang Bintang pentas, Miyuki Goto yang membawa watak Oiwa, protagonis dalam pementasan baru berdasarkan kisah hantu Yotsuya Kaidan.

Dia membuat pelbagai cara untuk memastikan kekasihnya, Kosuke Hasegawa (Ebizo Ichikawa) berlakon dalam teater yang sama, walaupun dia seorang pelakon yang tidak dikenali. Pelakon lain Rio Asahina dan Jun Suzuki turut meminati Miyuki. Di luar pentas, cinta dan obsesi barisan pelakon wujud sebagai realiti. Terperangkap di antara fiksyen dan realiti.

One Missed Call (2003)

Filem seram ini turut diarahkan oleh Takashi Miike. Walaupun mirip seperti filem Ringu atau Ju-on, filem, One Missed Call mampu memberikan ketakutan dan suspend kepada penontonnya.

Diadaptasikan dari novel Chakushin Ari, ia mengisahkan tentang misteri mesej suara telefon yang memberitahu kepada penerima tentang tarikh dan masa kematian serta suara mereka semasa diambang kematian.

Filem ini telah diadaptasikan oleh Hollywood pada tahun 2008 dengan judul filem yang sama.

Reincarnation (2005)

Reincarnation diarahkan oleh Takashi Shimizu dan merupakan salah satu daripada siri filem J-Horror Theater. Mengisahkan tentang Nagisa Sugiura, seorang pelakon Jepun yang mendapat penglihatan dan pengalaman pelik selepas berlakon di dalam filem seram tentang pembunuhan sebenar yang berlaku lebih dari empat puluh tahun yang lalu.

Kairo/Pulse (2001)

Dua cerita dalam satu filem dan jangan sangka hantu tak reti main Internet. Kairo/Pulse merupakan antara filem seram Jepun terbaik, menyeramkan dan menakutkan.

Diarahkan oleh Kiyoshi Kurosawa, filem ini telah mendapat kritikan positif dan memiliki pengikutnya sendiri. Kehebatan filem ini mendorong Hollywood menghasilkan semula filem ini pada tahun 2006 dan diberi judul Pulse.

Kairo/Pulse mengisahkan 2 kumpulan yang berbeza menemui bukti yang menunjukkan hantu mungkin cuba menyerang dunia manusia melalui Internet.

Sumber dari laman Facebook Kakimuvee

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

Kenali Klasifikasi Rating Filem & Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

Kakimuvee

Leave a Comment