Berita

James Wan Terbitkan Filem Sci-Fi Time Travel; HUNTING SEASON

Views

James Wan bakal menerbitkan filem sains fiksyen terbaru berjudul Hunting Season, adaptasi dari cerita sains fiksyen karya Frank M. Robinson yang diterbitkan dalam majalah Astounding Science Fiction terbitan tahun 1951.

Filem bertemakan 'time travel' ini akan berkisarkan tentang seorang pegawai undang-undang dari masa depan yang diisytiharkan sebagai musuh negara dan dihukum mengikut kaedah pilihan masyarakat dengan dikirim ke masa lampau di mana dia akan diburu dan dibunuh. Lelaki itu mempunyai tiga hari untuk menyesuaikan diri dengan masa sekarang dan mencari jalan untuk bertahan.

Derek Kolstad (John Wick) akan menulis skrip filem ini, manakala Michael Clear (Atomic Monster) dan Don Murphy akan bertindak selaku penerbit.

Setakat ini barisan pelakon dan tarikh tayangan masih belum diumumkan.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks