Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”


Sony Pictures telah mengumumkan tarikh tayangan filem sekuel Escape Room 2 iaitu pada 7 Januari 2022, tiga tahun selepas pelancaran filem pertama. Filem pada awalnya ditetapkan pada tahun ini, tetapi ditarik keluar dari jadual tayangan filem 2021.

Taylor Russell (Word on Bathroom Walls) dan Logan Miller (Love, Simon) kembali meneruskan meneruskan peranan mereka dari filem pertama. Turut menyertai barisan pelakon adalah Isabelle Fuhrman (Orphan), Indya Moore (Pose), Holland Roden (Tenn Wolf), Thomas Cocquerel (The 100) dan Carlito Olivero (Bad Samaritan).

Filem pertama adalah filem thriller psikologi mengenai enam orang asing yang berada dalam keadaan di luar kawalan mereka dan mesti menggunakan akal mereka untuk mencari petunjuk atau mati.

Adam Robitel (Insidous: The Last Key), yang mengarahkan filem sebelumnya, kembali ke kerusi pengarahan bersama-sama penulis skrip Bragi F. Schut dan penerbit Neal H. Moritz.

Escape Room yang ditayangkan pada Januari 2019 telah memberi pulangan besar kepada studio apabila berjaya meraih $155 juta dolar berbanding kos pembikinan hanya $9 juta dolar. Kejayaan tersebut telah mendorong pihak studio untuk menghasilkan filem kedua.



Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee