Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Maya Karin Bakal Kembali Dalam Filem Ketiga “Pontianak Harum Sundal Malam”


Pelakon terkenal tanah air, Maya Karin mengesahkan bahawa dia akan kembali dalam filem ketiga Pontianak Harum Sundal Malam. 

Pekara tersebut didedahkan Maya ketika sesi ramah mesra bersama peminat di Instagram (IG) Live baru-baru ini.

Selain itu juga, Maya turut memaklumkan bahawa filem seram berkenaan masih dalam fasa pra-produksi dan skripnya sedang dalam pembikinan.

Akan ada filem “Pontianak Harum Sundal Malam 3″. Belum mula lagi penggambaran, skrip dah nak siap tidak lama lagi. Selain itu, kami sedang nantikan lebih banyak dana untuk pembikinan filem ini.”

“Kami ingin hasilkan “Pontianak Harum Sundal Malam 3″ sebaik mungkin. Kenalah lawan dengan filem pertama dan kedua. Kami inginkan ‘comeback’ yang lebih hebat,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Maya bakal tampil dalam empat lagi filem yang tertangguh tayangannya akibat COVID-19, termasuk Abang Long Fadil 3. Malah, dia turut menerima tiga lagi tawaran filem baru.

Dua filem awal Pontianak Harum Sundal Malam diarahkan oleh Shuhaimi Baba dan diterbitkan Persona Pictures. Filem ini telah bukan sahaja sukses dari segi kutipan box office, malah turut menerima pengiktirafan di festival filem tempatan dan luar negera.

Menampilkan pelakon Maya Karin, Azri Iskandar, Rosyam Nor, Ida Nerina dan Kavita Sidhu, Pontianak Harum Sundal Malam mengisahkan Meriam yang menjadi pontianak demi membalas dendam terhadap mereka yang telah membunuhnya. 

Sumber: Cinema Online


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee