Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Robert Zemeckis Akan Menulis & Mengarah Filem Live Action PINOCCHIO


Tahun lalu, filem adaptasi ‘live action’ Aladdin dan The Lion King telah memberi kutipan yang cukup besar buat Disney. Jika digabungkan kedua-dua filem tersebut meraih $2.7 billion dolar seluruh dunia.

Kejayaan tersebut memberi motivasi kepada studio House of Mouse itu untuk terus mengorek harta inteleknya dan seterusnya menghasilkan ‘wang besar’.! Terbaru, Disney dilaporkan bersedia untuk mengangkat kembali Bambi dan Pinocchio ke layar perak.

Menurut laporan Deadline, bekas pengarah Back to the Future, Robert Zemeckis akan menjadi penulis bersama dan pengarah untuk filem live action Pinocchio, manakala penulis Captain Marvel, Geneva Robertson-Dworet dipertanggungjawabkan untuk merangka skrip filem Bambi. Setakat ini pengarah untuk filem Bambi masih lagi tidak diketahui.

Pinocchio akan berkisarkan tentang patung kayu yang memiliki impian untuk menjadi ‘budak lelaki sebenar’ dan mempunyai hubungan anak dan ayah, ramalan berbohong dan mencipta cerita dan hidup dalam dunia fantasi.

Filem asal, berdasarkan novel 1883 The Adventures of Pinocchio oleh Carlo Collodi, pertama kali muncul di teater pada tahun 1940 dan memenangi dua Anugerah Akademi. Dalam filem animasi 1940 Disney Pinocchio, disuarakan oleh Dickie Jones, Jiminy Cricket oleh Cliff Edwards, dan Master Geppetto oleh Christian Rubb.



Related posts

Pemenang Oscar Akan Arahkan Filem Live-Action ‘Bambi’

Kakimuvee

“Lightyear” Diharamkan Di 14 Buah Negara – Termasuk Malaysia

Kakimuvee

Disney Umum Tarikh Pelepasan Filem Live-Action ‘Pinocchio’ Lakonan Tom Hanks

Kakimuvee

Emma Stone Bawa Masalah Dalam Trailer Terbaru “Cruella”

Kakimuvee

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Kakimuvee

Mulan ‘Flop’ Di Box Office China, Kutip $23 Juta Dolar Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee