Berita

Mulan 'Flop' Di Box Office China, Kutip $23 Juta Dolar Pada Minggu Pembukaan

Views

Filem terbaru Disney, Mulan nampaknya merangkak di pentas box office China apabila hanya mampu meraih $23.2 juta dolar pada minggu pembukaan. 

Filem bermodal $200 juta itu dibuat untuk penonton China dan Amerika Syarikat, namun perkembangan terbaru ini memperlihatkan penonton China tidak berminat dengan filem live-action Disney itu.

Diarahkan oleh Niki Caro, adaptasi live action dari filem animasi klasik berjudul sama ini dibintangi pelakon kelahiran China, Liu Yiefei yang memainkan peranan sebagai seorang wanita muda yang menyamar sebagai lelaki untuk bertempur dalam tentera imperialis. Mulan turut dibintangi bintang terkenal China, termasuklah Gong Li, Jet Li, Dinnie Yen dan lain-lain. 

Menjelang tayangan pembukaan Mulan di China, penganalisis menjangkakan filem tersebut mampu meraih sekitar $30 juta hingga 40 juta dalam tempoh tiga hari tayangan (11-13 September). Namun, pada Jumaat yang lalu, pretasi jualan tiket atas talian sangat teruk dan tidak mendapat sambutan dari penonton. 

Pada tahun lalu, Mulan menjadi subjek kontroversi selepas pelakon utamanya, Liu Yeifei menyatakan sokongannya terhadap polis Hong Kong, yang bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi sewaktu krisis China-Hong Kong. Kenyataannya itu mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga mereka memulakan kempen #BoycottMulan. Kini, kempen tersebut kembali diperkatakan selepas Mulan memulakan tayangannya di beberapa negara dan Disney+.

Mulan telah ditayangkan di 17 pasaran diseluruh dunia, dan memperoleh $37.6 juta dipentas box office sehingga kini.

Bagi negara yang memiliki perkhidmatan streaming Disney+, mereka hanya strim filem tersebut dengan harga RM124. Setakat ini tiada kutipan di Disney+ diumumkan pihak studio, namun Ketua Pegawai Kewangan Disney, Christine McCarthy menyatakan "mereka berpuas hati dengan Mulan sepanjang tayangan Disney+ dalam tempoh 4 hari."

Sumber: The Hollywood Reporter

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks