Berita

Jim Carrey Berminat Untuk Terlibat Dalam Sekuel THE MASK, Tetapi Dengan Satu Syarat!

Views

Salah satu peranan paling ikonik yang pernah dilakonkan Jim Carrey datangnya dalam bentuk filem komedi fantasi berjudul The Mask yang ditayangkan pada 1994. Peranan tersebut telah membawa pelakon Jim Carrey tercalon dalam anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Utama.

Meskipun filem sekuel Son of the Mask telah diterbitkan beberapa tahun kemudian, ianya gagal mendapat tempat dihati peminat, dan mereka berharap agar filem sambungan yang lebih bagus dapat dihasilkan dimasa akan datang.

Bagi pelakon yang berusia 58 tahun itu, dia tidak menutup sebarang kemungkinan untuk terlibat dalam filem sekuel, tetapi meletakkan satu syarat untuknya kembali memainkan peranan sebagai The Mask. Menurut pelakon tersebut, dia hanya kembali sekiranya terdapat pembikin filem yang berani membawa visi yang 'gila-gila'.

The Mask I think, myself, you know, it would depend on a filmmaker. It depends on a filmmaker really. I don’t want to do it just to do it. But I would only do it if it was some crazy visionary filmmaker. Sure.

Jim Carrey mendedahkan syarat tersebut ketika ditemubual portal ComicBook.com sempena mempromosikan filem terbarunya, Sonic the Hedgehog. 

Filem asal yang ditayangkan pada Julai 1994 berkisarkan tentang kerani bank, Stanley Ipkiss yang menemui topeng ajaib yang membolehkannya berubah menjadi gangster yang sesuai dengan abiliti luarbiasa ala-ala kartun dan kelihatan seperti tidak dikalahkan. Dia menggunakan kelebihannya itu untuk menewaskan penjenayah dan memikat penyanyi kelab malam yang mempunyai hubungan dengan ketua penjenayah,

Diadaptasikan dari komik Dark Horse ciptaan John Arcudi, Chris Warner dan Dough Mahnke, The Mask menerima respon positif dari pengkritik dan peminat serta sukses dari segi komersial dengan kutipan sebanyak $351 juta dolar seluruh dunia berbanding modal pembikinan sebanyak $23 juta.

Kepada peminat-peminat The Mask, adakah anda mahu filem sekuel yang lebih baik dihasilkan dimasa akan datang? kongsikan pendapat anda.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks