Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru THE NEW MUTANTS Memperkenalkan Superhero Terbaru Marvel

20th Century Studio dan Walt Disney Studio telah melancarkan poster terbaru The New Mutants yang memberikan pandangan segar pasukan superhero muda yang bakal membawa penggembaraan yang tidak pernah disaksikan peminat. Anda boleh lihatnya dibawah.

The New Mutants merupakan sebuah filem superhero yang bertemakan seram ngeri, adaptasi dari komik Marvel The New Mutants. Sekumpulan mutant muda telah ditahan disebuah hospital yang terasing untuk dijadikan ujikaji psikatrik. Apabila pekara pelik berlaku, abiliti mutant dan persahabatan mereka teruji demi perjuangan untuk keluar dari tempat yang menakutkan itu.

Filem ini diarahkan Josh Boone berdasarkan skrip yang ditulis Boone sendiri bersama-sama Knate Lee. The New Mutants diklasifikasikan sebagai PG-13.

Dibintangi Anya Taylor-Joy (Glass), Maisie Williams (Game of Thrones), Charlie Heaton (Stranger Things), Henry Zaga (The Stand) dan Blu Hunt (The Originals) serta Alice Braga (I Am Legend), The New Mutant dijadualkan tayangan pada 3 April tahun ini.

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment