Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Selepas menghidupkan watak penjahat terkenal Gaston dalam filem adaptasi live action Beauty of the Beast, Luke Evans bersedia untuk bawa satu lagi watak antagonis dalam filem live-action terbaru.

Menurut laporan Deadline, Evans akan menyertai Tom Hanks dalam filem arahan Robert Zemeckis Pinocchio sebagai pemilik Pleasure Island “The Coachman”

Sebelum ini, Hanks dilaporkan sedang dalam rundingan untuk membintangi filem Pinocchio, tetapi selepas membaca skrip yang ditulis Zemeckis dan Chris Weitz (Rogue One: A Star Wars Story), dia terus bertemu pengarah untuk menyatakan minat sertai projek tersebut.

Ini bukan kali pertama Tom Hank dan Robert Zemeckis berkerjasama dalam satu filem. Sebelum ini, mereka berdua pernah bergandingan dalam dua filem terkenal Forrest Gump dan Castaway.

Pinocchio akan berkisarkan tentang patung kayu yang memiliki impian untuk menjadi ‘budak lelaki sebenar’ dan mempunyai hubungan anak dan ayah, ramalan berbohong dan mencipta cerita dan hidup dalam dunia fantasi.

Filem pertama, yang berdasarkan dari novel 1883 The Adventures of Pinocchio karya Carlo Collodi, dihasilkan pada tahun 1940an dan telah memenangi dua Anugerah Academy. Filem animasi terbitan Disney itu disuarakan oleh Dickie Jones sebagai Pinocchio, Cliff Edwards sebagai Jiminy Cricket, dan Christian Rubb sebagai Master Geppetto.

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee