Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Pawn (2020)


Antara kekuatan filem-filem Korea adalah bagaimana mereka mengunakan sebaik mungkin elemen-elemen beremosi dan berair mata. Elemen seperti ini tidak terhad pada filem drama atau romantik semata-mata, malah genre aksi, seram atau thriller turut memasukkan sedikit elemen emosi yang mungkin memberi kesan kepada penonton. 

Bercakap soal emosi, suka saya cadangkan kepada anda sebuah filem terbaru Korea berjudul PawnJujur saya katakan bahawa saya terlupa tentang filem ini, sehinggalah seorang rakan bertanya kepada saya adakah sudah menonton filem drama yang cukup sedih ini. Terima kasih kepada Rekomen Filem yang sudi ‘sponsor’ saya untuk menonton filem Pawn di Astro First, dan … sudah tentu, membuatkan saya bertakung air mata. 

Sebagai seorang bapa, saya sangat tersentuh dengan filem-filem yang melibatkan hubungan diantara penjaga dan anak kecil. Seperti Gifted dan Hope, yang memberikan penceritaan yang penuh beremosi sehingga menyentuh sanubari. 

Cerita Pawn sangat mudah, mengisahkan dua lintah darat, Doo-seok dan Jong-bae, yang terpaksa menjaga Seung-yi, anak perempuan kepada seorang pendatang haram. Semuanya berpunca dari tindakan mereka yang mengambil kanak-kanak itu dari jagaan ibunya sebagai tebusan untuk membayar hutang, namun ibu kanak-kanak itu ditangkap polis dan dihantar pulang ke negara asal. 

Filem ini sangat ringan, dan konfliknya tidak begitu berat, agak ringkas plotnya, tetapi apa yang akan membuatkan anda terus fokus pada penceritaannya adalah pembinaan hubungan diantara Seung-yi dan Doo-seok. Walaupun Doo-seok seorang yang garang dan ego, jauh disudut hatinya, dia sangat mengambil berat terhadap kanak-kanak tersebut, lebih-lebih lagi selepas dia membuat kesilapan dengan memberi Seung-yi kepada orang yang salah. 


Hubungan seperti bapa-anak ini kemudiannya memberi impak kepada ‘third act’ Pawn. Jujur saya katakan, semakin menghampiri ke penghujung, babak-babak sedih semakin banyak. Saya tidak mahu mendedahkan ‘spoiler’ besar, tetapi bersedialah tisu yang banyak bila filem ini mula memasuki babak Seung-yi sewaktu remaja. 

Pekara yang membuatkan saya kagum adalah lakonan Park So-yi sebagai watak Seung-yi sewaktu kanak-kanak. Dia mendominasi hampir keseluruhan perjalanan filem, dan prestasinya langsung tidak mengecewakan saya. Wajah comel itu pekara biasa, apa yang penting dia dapat membawa wataknya dengan begitu baik dan menyentuh perasaan saya. 

Disebalik drama, ada juga babak-babak komedi yang kelakar, terima kasih kepada watak Doo-seok dan Jong-bae lakonan Sung Dong-il dan Kim Hee-won. Sebagai penjaga kepada Seung-yi, mereka berdua sering mencipta suasana komedi melalui telatah, dan ini mengekalkan ‘mood’ filem yang tidak terlampau berat tetapi dalam masa yang sama memberi kesan emosi. 

Jika ditanya filem drama manakah yang paling sedih tahun ini, saya tidak segan silu untuk mengatakan Pawn adalah filemnya. Ringkas tetapi sangat menyentuh hati, ditambah pula dengan prestasi lakonan pelakonnya serta komedi. Sangat berbaloi dan saya yakin, tidak akan merasa bosan jika mahu menontonnya berkali-kali. 

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee