Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Asia

Review Filem: Concrete Utopia (2023)


AMARAN SPOILER!!!

Sudah lama saya tidak menonton filem bencana yang menfokuskan situasi selepas bencana. Kebiasaannya, filem-filem sebegini banyak memaparkan situasi sewaktu bencana sekaligus menyajikan aksi-aksi mendebarkan kepada penonton.

Berbeza dengan filem-filem bencana tipikal yang sering kita tonton, filem blockbuster Korea Concrete Utopia ini memaparkan jalan cerita sebaik sahaja semenanjung Korea mengalami gempa bumi yang agak dasyat.

Skala keterukan gempa bumi dalam filem fiksyen ini diterjemahkan melalui runtuhan bangunan dan perubahan pada rupa bentuk muka bumi dimana hampir 99.9% bangunan telah runtuh sama sekali dengan permukaan tanah terajak naik keatas menyerupai bukit disebabkan pergerakan tektonik yang sangat kuat. 

Dikala semua bangunan dan infrastruktur musnah sama sekali, terdapat satu bangunan kediaman yang tetap berdiri teguh dan seterusnya menjadi utopia kepada mangsa-mangsa yang terselamat. Concrete Utopia memulakan jalan ceritanya dengan memaparkan pasangan suami isteri selepas kejadian gempa bumi. Apartment yang masih berdiri teguh itu menjadi tumpuan mangsa-mangsa yang terselamat untuk berteduh dari musim sejuk luarbiasa. 


Dikala penduduk apartment bertungkus-lumus memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terselamat yang bukannya penghuni bangunan kediaman itu, berlaku beberapa insiden yang tidak disenangi penduduk. Orang-orang luar telah menceroboh rumah-rumah penghuni, dan bekalan makanan, air dan perubatan juga semakin terhad kerana perlu dikongsi kepada orang-orang luar.

Bagi membendung permasalahan tersebut, mereka telah bersepakat untuk menghalau mangsa yang bukan penghuni keluar dari kediaman mereka, dan kemudiannya membentuk organisasi bagi menjadikan kediaman mereka sebagai utopia ditengah-tengah runtuhan bangunan. 

Memandangan filem ini ditetapkan sejurus selepas kejadian gempa bumi, penonton hanya melihat ‘survival’ mereka untuk terus hidup selepas kota mereka musnah. Ia diburukkan lagi dengan musim sejuk yang luarbiasa dimana mangsa yang tidak berada di dalam bangunan pasti akan mati akibat kesejukkan. 

Kita tidak melihat banyak babak yang memaparkan situasi ketika gempa bumi, hanya satu dua babak ‘flashback’ yang memaparkan sekilas tentang suasana sewaktu bencana itu. Namun, babak itu sudah cukup untuk kita menggambarkan betapa dasyat malapetaka yang dihadapi mereka, melihat permukaan bumi seperti bergulung disebabkan pelanggaran tektonik yang cukup kuat. 

Tetapi, kisah survival mereka ini membangkitkan banyak persoalan moral, terutamanya tentang sifat kemanusian itu sendiri. Demi kelangsungan hidup komuniti, mereka terpaksa mengambil jalan yang cukup berat dengan menghalau mangsa yang bukan penghuni apartment itu. Dari satu sudut, ia mungkin dianggap perlu memandangkan mereka kekurangan bekalan, tetapi dari sifat kemanusian, ia sangat kejam kerana membiarkan mereka mati secara perlahan-lahan akibat kesejukan. 

Sebagai penonton, filem ini mengajak kita untuk berfikir tentang rasional perbuatan mereka – adakah perlu atau kejam, dan jika mereka memiliki sifat kemanusian, bagaimana dengan bekalan makanan dan perubatan mereka. Sepanjang perjalanan cerita, kita akan berfikir tentang moral dan sifat kemanusian mereka, dan yang paling sukar, adalah untuk melabel mereka, sama ada mereka ada watak-watak baik yang terdesak untuk hidup, ataupun penjahat kepada mengsa-mangsa diluar apartmen mereka. 

Memandangkan filem ini ditetapkan sejurus selepas kejadian gempa bumi, kita juga berpeluang melihat suasana selepas gempa bumi. Para ‘survivor’ terpaksa melangkah dan melepasi setiap mayat dihadapan mereka ketika mereka sedang mencari bekalan. Lebih mengerikan, kita turut melihat mangsa-mangsa yang terselamat sebelum ini telah menjadi mayat yang beku akibat kesejukkan. 

Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja menghadapi krisis pasca-bencana, malah turut bergelut dengan cuaca sejuk. Ketiadaan pasukan penyelamat juga seolah-olah memberi isyarat bahawa seluruh semenanjung Korea telah dilanda gempa bumi yang dasyat sehinggalah melumpuhkan negara. 

Selain jalan cerita, Concrete Utopia turut dikuatkan dengan watak-watak utama dalam filem ini, terutamanya watak lakonan Lee Byung-hun dan Park Seo-joon. Byung-hun membawa watak Yeong-tak, wakil penduduk yang memimpin mereka untuk terus hidup, manakala Seo-joon sebagai Min-seong, salah seorang penduduk di apartmen tersebut yang juga orang kepercayaan Yeong-tak. 

 

Karakter Byung-hun juga agak rumit untuk dinilai. Dia benar-benar memimpin komuniti tetapi masa silam yang misteri membuatkan penonton berbelah bahagi untuk menyokong wataknya. Watak Seo-joon mungkin tipikal hero dengan perkembangan karakter sewaktu klimak cerita, tetapi ‘flashback’nya sangat penting untuk kita melihat gambaran gempa bumi. 

Kekuatan jalan cerita dan lakonan hebat para pelakon sudah cukup memuaskan hati penonton. Aspek-aspek lain seperti tona warna, latar, dan suasana pasca-bencana boleh dianggap bonus yang melengkapkan filem ini. Apa yang pasti, Concrete Utopia benar-benar memberi kepuasan, bukan sahaja ia sangat bernilai dari segi hiburan, tetapi juga pendapat kita melihat moral dan sifat-sifat kemanusian yang ditonjolkan dalam filem ini.

Ironinya, dia akhir filem, mangsa-mangsa yang terselamat ini sebenarnya boleh hidup lagi aman dan harmoni, dengan syarat mengenepi sifat pentingkan diri sendiri dan mengalamkan sikap kerjasama. 

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee