Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Blumhouse Bakal Terbitkan Sekuel “The Exorcist”

Selepas kejayaan filem Halloween (2018), pengarah David Gordon Green dilaporkan kembali bergabung dengan Blumhouse Production untuk projek terbaru yang juga sekuel kepada filem seram klasik The Exorcist yang diterbikan pada 1973. 

Menurut Observer, pengarah tersebut kini sedang dalam rundingan, dan jika berjaya, projek tersebut menjadi filem keempat Green bersama Blumhouse selepas Halloween dan dua sekuelnya, Halloeween Kills dan Halloween Ends yang akan membuat debut pada 2021 dan 2022. 

Berdasarkan dari novel yang ditulis oleh William Peter Blatty pada 1971, filem asal The Exorcist diarahkan oleh William Friedkin dari adaptasi lakonlayar yang ditulis Blatty sendiri. Ia dibintangi oleh Ellen Burstyn, Max von Sydow, Jason Miller serta Linda Blair, dan mengisahkan tentang Reagan, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dirasuk syaitan. Sebagai langkah terakhir, dua paderi Roman Katolik diminta untuk melakukan pengusiran syaitan yang berada dalam badan Reagan.

Sejak ditayangkan dipawagam pada 1973, filem seram ini menjadi fenomena ‘pop culture’ dan menjadi filem seram pertama yang dicalonkan dalam anugerah Academy untuk Filem Terbaik. The Exorcist telah mewujudkan dua sekuel iaitu pada 1977 dan 1990 serta prekuel alternatif yang ditayangkan pada 2004 dan 2005.

Projek sekuel terbaru ini akan diterbitkan Jason Blum, David Robinson dan James Robinson dengan Morgan Creek Production terlibat dalam pembangunan projek. Buat masa ini tidak dipastikan sama ada sekuel akan datang berkait dengan filem-filem sebelumnya,  atau mungkin Blumhouse melakukan pekara yang serupa seperti filem Halloween (2018) dimana ia membawa cerita baharu.

Related posts

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Matt Damon Dilaporkan Sertai “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Zack Snyder Sahkan “Justice League” Akan Menjadi Filem, Bukan Minisiri

Isqandar

Leave a Comment