Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Filem Terbaru Ha Ji Won & Sung Dong Il PAWN Catat 1 Juta Penonton

Filem terbaru Ha Ji Won dan Sung Dong II, Pawn bermula baik dipentas box office Korea! Pada pagi 9 Oktober, Korean Film Council telah mengumumkan bahawa Pawn secara rasmi melepasi satu juta penonton.

Pawn adalah filem pertama yang ditayangkan selepas 1 September yang mencapai kejayaan satu juta penonton. Sejak kerajaan Korea mengetatkan garis panduan jarak sosial pada pertengahan Ogos yang lalu, jumlah kehadiran penonton semakin berkurangan, sekaligus memberi kesan kepada filem-filem yang ditayangkan.

Bagaimanapun, nasib Pawn berbeza selepas mendapat reaksi positif dari penonton. Sejak ditayangkan pada 30 September yang lalu, filem tersebut telah menguasai kedudukan pertama selama sembilan hari berturut-turut.

Bagi meraikan kejayaan, pelakon Sung Dong Il, Ha Ji Won, Kim Hee Won, dan Park So Yi telah memuatnaik gambar ucapan terima kasih kepada penonton yang menyokong filem mereka.

Pawn mengisahkan tentang Doo Seok (Sung Dong II), seorang pengutip hutang yang nampak menakutkan, tetapi sebenarnya berhati lembut. Satu hari, dia pergi mengutip hutang dari pendatang tanpa izin bernama Myung Ja (Kim Yoon Jin), yang menjadikan anak perempuannya Seung Yi sebagai jaminan. Bagaimanapun Myung Ja telah dihantar pulang ke negara asal, meninggalkan Doo Seok yang menjadi penjaga kepada Seung Yi. 

Sumber: Soompi

Related posts

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

iQiyi Spices Up Its K-Drama Offerings With Two New Shows Filled With Mystery And Suspense

Zulaikha

Siri HBO Asia Original WHO’S BY YOUR SIDE Akan Ditayangkan Pada 3 Oktober Eksklusif Di HBO GO & HBO

Zulaikha

1 comment

chikebum Oktober 15, 2020 at 2:18 am

sayang giler aku dekat ha ji-won 😘

Reply

Leave a Comment