Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster & Trailer Pertama The Expendables 4 Telah Didedahkan


Poster terbaru The Expendables 4 telah didedahkan!

Filem keempat dalam siri Expendables yang penuh aksi ini akan ditayangkan di pawagam tahun ini.

The Expendables 4 akan mengikuti kisah pasukan tentera upahan yang terjebak ke dalam konspirasi yang akan mencetuskan konflik nuklear antara Rusia dan Amerika Syarikat.

Anda boleh lihat poste tersebut dibawah:

The Expendables 4 akan dibarisi pelakon seperti Jason Statham, 50 Cent, Megan Fox, Dolph Lundgren, Tony Jaa, Iko Uwais, Randy Couture, Andy García, dan sudah tentunya, Sylvester Stallone


Peranan Stallone dalam filem akan datang dikhabarkan akan dikurangkan, dan diberi peranan kecil, sementara Statham telah diberi tanggungjawab untuk memimpi pasukan. Filem ini juga dikatakan akan menjadi filem terakhir untuk watak Stallone, Barney Ross. 

Walaupun filem itu menampilkan ramai muka baharu francais, pelakon terkenal yang tidak akan kembali termasuk Arnold Schwarzenegger, Bruce Willis, Harrison Ford, Jet Li dan Terry Crews.

UPDATE: Trailer pertama The Expendables 4 telah dilancarkan. 


Related posts

Poster Expend4ables Menampilkan Barisan Pelakon Baru & Lama

Kakimuvee

Review Filem: Meg 2: The Trench (2023)

Kakimuvee

Gambar ‘The Expendables 4’ Menggoda Pertarungan Di Antara Jason Statham & Iko Uwais

Kakimuvee

7 Bekas Atlet Yang Kini Menjadi Pelakon Popular

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

Megan Fox Kongsi Penampilannya Untuk Filem The Expendables 4

Kakimuvee