Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

7 Bekas Atlet Yang Kini Menjadi Pelakon Popular

Setelah memerhatikan setiap pergerakan mereka di atas padang (atau di dalam stadium), ia hampir nampak natural bagi sesetengah atlet untuk mempamerkan persembahan yang meyakinkan – malah memenangi anugerah – apabila mereka menceburkan diri ke dalam industri hiburan.

Walaupun kita tahu sejarah beberapa bekas atlet yang kini menjadi pelakon (seperti pengusti Dwayne Johnson dan John Cena), anda pasti akan terkejut dengan beberapa pelakon ini yang telah memulakan kerjaya profesional mereka di atas padang. 

1. Dwayne Johnson

Do you smelllll what The Rock is cookin’?!

Kita semua telah diperkenalkan kepada Dwayne “The Rock” Johnson sebagai superstar WWF yang kening kanannya mempunyai kehidupan tersendiri, tetapi adakah anda tahu bahawa dia pernah menceburi kerjaya dalam bola sepak Amerika secara profesional? Sewaktu muda, Johnson bermain untuk Miami Hurricanes di kolej dan memenangi kejohanan kebangsaan sebagai sebahagian daripada barisan pemain tahun 1991.

Impiannya, bagaimanapun, terputus apabila dia dilepaskan oleh Calgary Stampeders, salah satu pasukan dalam Liga Bola Sepak Kanada, pada musim pertamanya. Mengikut jejak langkah bapa dan datuknya, dia memutuskan untuk meneruskan kerjaya dalam gusti profesional dan menandatangani kontrak bersama WWE (ketika itu dikenali sebagai WWF) pada tahun 1996.

Johnson membuat penampilan sulungnya dalam dunia lakonan pada tahun 1999 dengan memainkan peranan sebagai bapanya, Rocky Johnson dalam sitkom That ‘70s Show,. Dia kemudiannya membuat debut filem pada tahun 2001 menerusi filem The Mummy Returns.

Dia telah membintangi filem yang tidak terkira banyaknya, dan juga mengasaskan syarikat produksi Seven Bucks Productions pada tahun 2012, yang telah menghasilkan beberapa filem seperti Baywatch, Jumanji: Welcome to the Jungle, Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw, dan filem aksi komedi rompakan yang akan datang, Red Notice yang dibintangi oleh Johnson sendiri bersama Ryan Reynolds dan Gal Gadot.

2. Dave Bautista

Bagi peminat gusti, dia akan sentiasa menjadi ‘Batista’.

Dikenali kerana kerangka ototnya yang sangat besar, Bautista memulakan kerjaya gusti profesionalnya pada tahun 1999 dan menandatangani kontrak dengan WWF pada tahun berikutnya. Dia dengan cepat menjadi terkenal di gelanggang WWF dan telah menjadi juara dunia sebanyak enam kali, memenangi Kejohanan Heavyweight Dunia empat kali dan Kejohanan WWE dua kali.

Filemografi awal Bautista lebih kepada pelakon jemputan dan cameo sebagai dirinya dalam rancangan TV seperti Smallville dan Chuck. Pada tahun 2014, dia memainkan watak sebagai Drax the Destroyer dalam Guardians of the Galaxy, sekaligus membuka jalan untuknya membuat lebih banyak penampilan dalam Marvel Cinematic Universe, serta membintangi beberapa filem blockbuster utama seperti Spectre, Blade Runner 2049, Army of the Dead, dan yang paling terbaru, Dune.

3. John David Washington

Walaupun membuat penampilan pertamanya di skrin pada usia tujuh tahun dalam filem Malcolm X karya Spike Lee, yang dibintangi bapanya, Denzel Washington sebagai watak utama, John David Washington tidak serta-merta mengikut jejak langkah bapanya dalam bidang lakonan.

Setelah cemerlang dalam bola sepak, bola keranjang dan sukan trek di sekolah menengah, Washington terus bermain bola sepak di Morehouse College dan menandatangani kontrak dengan St. Louis Rams pada tahun 2006. Selama empat tahun, dia memainkan posisi ‘running back’ untuk United Football, di Liga Sacramento Mountain Lions sehinggalah liga tersebut berhenti beroperasi pada Oktober 2012.

Washington berjaya mendapat peranan utama pertamanya apabila dia dipilih untuk membintangi siri TV HBO Ballers sehingga tahun 2019. Dia juga memainkan watak utama dalam filem BlackKkKlansman arahan Spike Lee dan Tenet arahan Christopher Nolan, serta yang terbaru,  Malcolm & Marie dan Beckett

4. Uzo Aduba

Orange Is The New Black

Sewaktu kanak-kanak, pemenang anugerah Emmy, Uzo Aduba, telah berkecimpung dalam sukan luncur ais. Bintang Orange Is the New Black itu juga pernah mendapat biasiswa ke Universiti Boston di mana dia menjadi salah seorang pelari pecut terkemuka dan juga memegang rekod pecut di universiti.

Bergerak pantas ke hari ini, Aduba terus melenturkan otot ketahanannya di tengah-tengah projek lakonan, dengan menyertai Maraton Boston dan Maraton Bandar New York.

5. John Cena

Sebelum melenturkan otot-otot besarnya di layar perak, John Cena telah membina karier dan memenangi tali pinggang kejuaraan WWE. Dia dianggap sebagai salah seorang ahli gusti profesional terhebat sepanjang zaman, menyamai bekas ahli gusti profesional, Ric Flair untuk kejuaraan dunia paling banyak dalam sejarah gusti profesional.

Kerjaya lakonan Cena bermula dengan membintangi filem The Marine, 12 Rounds, dan Legendary – ketiga-tiganya diterbitkan oleh WWE Studios,  syarikat filem untuk WWE. Sejak itu, dia telah membawa karismatik komedinya ke dalam beberapa filem seperti Trainwreck dan Blockers, serta blockbuster berprofile tinggi seperti Bumblebee dan The Suicide Squad

6. Jason Statham

Pada hari-hari sebelum Jason Statham berhenti memanjangkan rambutnya, superstar filem aksi itu adalah sebahagian daripada skuad terjun kebangsaan Britain, yang dianggotainya selama 12 tahun dan juga bertanding di Sukan Komanwel 1990. Dia juga seorang pemain bola sepak dan berlatih seni mempertahankan diri Cina, kickboxing, dan karate pada masa mudanya.

Selepas membuat debut filem dalam Lock, Stock and Two Smoking Barrels arahan Guy Ritchie pada tahun 1998, Statham berjaya menembusi Hollywood dan membintangi beberapa filem aksi terkenal seperti Snatch dan The Transporter. Pada tahun-tahun berikutnya, dia mengukir niche untuk dirinya dengan memainkan watak yang tabah dan keras dalam filem seperti Mechanic: Resurrection dan juga bekerjasama dengan beberapa bintang aksi paling ikonik dunia dalam filem Expendables dan francaisFast and Furious.

Statham juga berkemampuan untuk menonjolkan sisi komedinya sebagai pengintip yang tidak cekap dalam Spy bersama-sama Melissa McCarthy, Jude Law, dan Rose Byrne.

7. Terry Crews

Sebelum nyanyian popular ‘A Thousand Miles’, Terry Crews pernah bermain bola sepak Amerika di kolej dan juga meneruskan kerjaya bola sepak profesional. Masanya di NFL termasuklah berkhidmat dengan Los Angeles Rams, Green Bay Packers, San Diego Chargers, dan kemudiannya Washington Redskins, dan Philadelphia Eagles sebelum dia bersara pada tahun 1997 dan berpindah ke Los Angeles untuk mengejar karier lakonan.

Pada masa kini, dia lebih dikenali kerana menyanyikan lagu ‘A Thousand Miles’ yang tidak dapat dilupakan dalam White Chicks, iklan Old Spice dan sebagai Sarjan Terry Jeffords yang menyukai yogurt dalam Brooklyn Nine-Nine

BONUS: Neymar

Pemain bola sepak Brazil, Neymar da Silva Santos Júnior telah banyak melakukan aksi berganda apabila dia muncul secara ringkas dalam dua episod Money Heist Part 3. Dalam rancangan itu, Neymar memainkan watak João, seorang sami di biara Itali di mana Berlin dan Palermo merancang rompakan Bank of Spain.

Nampaknya dia tidak akan berhenti bola sepak dalam masa terdekat ini, dia baru sahaja menyambung kontraknya dengan Paris Saint-Germain F.C.

 

Related posts

The Best Action and Trilling Entertainment on HBO GO, HBO and Cartoon Network This December

Is Mohd

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

The Making of a Live-Action Anime: 9 Fun Facts from Behind the Scenes of Cowboy Bebop

Is Mohd

7 Fakta Tentang Mickey Mouse & Minnie Mouse Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Kakimuvee

8 Filem Korea Pelbagai Genre Yang Boleh Tonton Di Mubi

Natasha

8 Shows Where Asian Leads Are In the Spotlight

Zulaikha

Leave a Comment