Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Pelakon Indonesia yang juga bintang The Raid, Iko Uwais, disahkan sertai filem akan datang, The Expendables 4, lapor Deadline.

Uwais difahamkan akan membawa “peranan penjahat” dalam filem terbaru itu. Dia akan menyertai barisan pelakon bertaraf bintang seperti Jason Statham, Sylvester Stallone, Dolph Lundgren, Randy Couture, Megan Fox, Curtis “50 Cent” Jackson, Jacob Scipio, dan Andy Garcia.


The Expendables 4 akan diarahkan oleh Scott Waugh (Act of Valor, Need for Speed) dari lakon layar yang ditulis oleh Spenser Cohen. Jason Statham dan Sylvester Stallone akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Lee Christmas dan Barney Ross. Turut kembali dalam filem akan datang adalah Dolph Lundgren (Creed II), dan Randy Couture (Blowback) yang mengulangi peranan masing-masing sebagai Gunner Jensen dan Toll Road.

Ansuran terbaru Expendables diterbitkan oleh Statham, Kevin King Templeton dan Les Weldon Yariv Lerner. Buat masa ini, tarikh peleasan masih belum ditetapkan.

Strim The Expendables 3 (2014)

Related posts

Avatar 2 Sahkan Peranan Baharu Sigourney Weaver

Kakimuvee

Menangi Percutian Ke Korea Bersama Pelakon Viu Original “She Was Pretty” dan Blimey!

Kakimuvee

Disney Tunda Tarikh Tayangan “Thor: Love and Thunder” Di Malaysia

Kakimuvee

Penggambaran Siri Aksi Langsung Netflix “Avatar: The Last Airbender” Telah Selesai

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir “Barbie” Yang Menampilkan Margot Robbie & Ryan Gosling

Kakimuvee

“Mat Kilau” Cipta Rekod, Menjadi Filem Melayu Paling Pantas Kutip Lebih RM 20 Juta

Kakimuvee

Leave a Comment