Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Megan Fox Kongsi Penampilannya Untuk Filem The Expendables 4

The Expendables 4 telahpun memulakan penggambarannya, dan foto terbaru dari pelakon Megan Fox mengisyaratkan apa yang dapat kita harapkan dari pelakon itu dalam filem yang akan datang.

Dalam beberapa foto yang dimuatnaik di Instagramnya, Fox mempamerkan kostumnya untuk filem yang akan datang. Pakaian serba hitam itu menunjukkan dia sedang bersiap-sedia untuk sebarang aksi yang bakal dihadapinya. 

Megan Fox akan bergabung dengan beberapa nama besar dalam dunia aksi, termasuklah pendatang baru Curtis “50 Cent” Jackson (Power) dan Tony Jaa (Monster Hunter)

The Expendables 4 akan diarahkan oleh Scott Waugh (Act of Valor, Need for Speed) dari lakon layar yang ditulis oleh Spenser Cohen. Jason Statham dan Sylvester Stallone akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Lee Christmas dan Barney Ross. Turut kembali dalam filem akan datang adalah Dolph Lundgren (Creed II), dan Randy Couture (Blowback) yang mengulangi peranan masing-masing sebagai Gunner Jensen dan Toll Road.

Ansuran terbaru Expendables diterbitkan oleh Statham, Kevin King Templeton dan Les Weldon Yariv Lerner. Buat masa ini, tarikh peleasan masih belum ditetapkan.

Strim The Expendables 3 (2014)

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment