Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

MULAN Ditunda Ke Ogos


Disney’s MULAN..Mulan (Yifei Liu)..Photo: Film Frame..© 2019 Disney Enterprises, Inc. All Rights Reserved.

Filem live action terbitan Disney, Mulan telah ditunda tarikh tayangannya dari 24 Julai ke 21 Ogos. Ini kali ketiga Mulan ditunda selepas pihak studio membuat keputusan untuk menukar tarikh tayangan dari Mac ke Julai disebabkan pandemik COVID-19.

“Walaupun pandemik ini mengubah rancangan mengenai penayangan Mulan, kami akan terus bersikap fleksibel dalam mengikuti situasi ini dan ia tidak mengubah keyakinan kami terhadap kekuatan filem ini serta mesej, harapan termasuk kegigihannya,” kata Ketua Pegawai Kreatif Disney, Alan Horn dan bekas Ketua Pengerusinya Alan Bergman.

Menurutnya, pengarah Niki Caro dan kru serta barisan pelakon Mulan juga berjaya menghasilkan sebuah filem yang indah, epik dan mengharukan.

“Ia seharusnya menjadi pengalaman sinematik, dan di situlah kami percaya, di pentas dunia dan di layar lebar untuk dinikmati dengan gembira oleh penonton di seluruh dunia,” katanya.

Diadaptasi dari filem animasi berjudul sama yang diterbitkan Disney pada 1998, Mulan berdasarkan legenda masyarakat China iaitu Hua Mulan, dimana dia menyamar sebagai seorang lelaki bagi menggantikan tempat ayahnya yang sudah tua – untuk berkhidmat dalam pasukan tentera China dan membawa penghormatan kepada keluarganya.


Mulan dibintangi Yifei Liu yang memainkan peranan utama sebagai Hua Mulan, serta beberapa pelakon lain antaranya Gong Li, Donnie Yen, Jet Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Utkarsh Ambudkar, Xana Tang, dan Chum Ehelepola.

Lakonlayar filem ini ditulis oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dan diterbitkan Walt Disney Pictures.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee