Slot Tempatan

Uji Bakat Filem ‘PLU’ Mendapat Sambutan Luarbiasa

Views

Pencarian bakat untuk filem PLU A Story (People Like Us) sebelum ini telah mendapat kritikan dan kecaman hebat dari netizen. Semuanya gara-gara tajuk filem yang agak ‘daring’.

Bagaimanapun, menurut pengarah Shahrulezad Mohameddin, mereka telah menerima lebih 100 penyertaan uji bakat dalam talian untuk membintangi filem tersebut.

Menurutnya, disebabkan sambutan luarbiasa, mereka terpaksa melanjutkan lagi tempoh uji bakat selamat sebulan yang sepatutnya berakhir 19 Jun lalu sebelum menyenarai pendek mereka yang layak.

“Penyertaan di luar jangkaan. Sekarang ini baru uji bakat peringkat pertama iaitu secara dalam talian. Sebagai permulaan, mereka dikehendaki melakonkan semula mana-mana babak dalam drama Nur.

“Kalau ikutkan tarikh tutup pada 19 Jun lalu, tapi saya masih nak cari lagi. Jadi, sesi ini dilanjutkan sebulan lagi. Saya menjangkakan uji bakat kedua akan diadakan pada Ogos secara bersemuka. Ketika itu mereka akan diberikan skrip. Saya nak tengok penghayatan, lontaran dialog dan cara lakonan mereka,”

Shahrulezad yang juga pengarah Nur dan Nur 2 berkata, dia mencari pelakon lelaki berusia lingkungan 19 dan 20 tahun bagi melakonkan watak pelajar tahfiz.

BACA:  Ahmad Idham Tolak Ego & Maruah Demi Perjuangan Industri Seni Kreatif

“Kalau boleh untuk watak ini saya tidak mahu pelakon itu di bawah umur. Cuma, ‘look’ mereka biar yang nampak muda iaitu 16 atau 17 tahun. Watak ustaz pula dalam lingkungan usia 20-an atau 30-an. Paling penting kena personaliti menarik dan kacak,” katanya.

Selain itu juga, Shahrulezad berkongsi terdapat juga pelakon sedia ada yang mencuba nasib untuk terbabit dalam filem itu. Menurutnya lagi, mungkin pelakon tersebut mahu keluar dari zon selesa dan mencari kelainan dalam lakonan mereka sebelum ini.

“Ada juga dalam kalangan artis yang mencuba. Bagi saya mungkin mereka nak keluar dari zon selesa dan nampak berbeza daripada lakonan sebelum ini.

“Cuma, untuk yang baru ini, mereka nak menjadikan watak itu sebagai batu loncatan untuk popular. Siap cakap saya boleh popularkan mereka. Memang boleh, tapi adakah mereka sanggup dikecam. Sebab ini bukan macam cerita Nur,” katanya.

Sumber: Harian Metro.

Tinggalkan Balasan

shares