Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”


Mary Elizabeth Winstead akan menyertai siri terhad Disney+ yang akan datang, Star Wars: Ahsoka, menurut laporan terbaru daripada The Hollywood Reporter.

Bagaimanapun watak Winstead buat masa ini masih belum didedahkan. Dia akan menyertai barisan pelakon yang semakin kukuh seperti Hayden Christensen, Ivanna Sakhno dan Natasha Liu Bordizzo. 

Selepas mencipta nama dengan membawa watak Ramona Flowers dalam filem tahun 2010 Scott Pilgrim vs. the World, Winstead membintangi banyak filem-filem besar seperti Gemini Man disamping Will Smith, filem superhero komik Birds of Prey dan yang terbaru, filem aksi Netflix Kate yang telah ditayangkan pada tahun lalu.

Rosario Dawson akan memainkan watak utama sebagai Ahsoka Tano dalam siri terhad yang akan datang selepas watak itu membuat debut aksi langsungnya dalam siri The Mandalorian. Siri Ahsoka dijangka akan mengembangkan lagi cerita untuk watak itu. Sementara itu, Bordizzo akan melakonkan watak Sabine Wren dari siri animasi Star Wars Rebels.

Siri terhad itu akan ditulis oleh Dave Filoni yang turut menjadi penerbit eksekutif bersama Jon Favreau dan Kathleen Kennedy. Butiran lanjut untuk projek akan datang masih didedahkan.


Star Wars: Ahsoka dilaporkan akan memulakan penggambaran pada Mac tahun ini.


Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee