Apabila Disney mendedahkan perancangan mereka untuk wujudkan platform penstriman mereka sendiri, Netflix dengan segera membatalkan rancangan Marvel Television, dan studio itu kemudiannya diserap masuk ke Marvel Studios.Ā
Berita kemasukkan Marvel Television ke Marvel Studios sudah tentunya menggembirakan peminat, yang berharap dapat melihat karakter Marvel Netflix disatukan dalam dunia Marvel Cinematic Universe. Ya, rancangan-rancangan Marvel Netflix mungkin sudah tiada, tetapi Marvel Studios akhirnya dapat menggunakan kesemua karakter dari siri-siri Marvel Netflix.Ā
Sebagai permulaan, Marvel Studios telah menggoda peminat dengan kehadiran Matt Murdock lakonan Charlie Cox dalamĀ Spider-Man: No Way HomeĀ danĀ KingpinĀ lakonan Vincent D’Onofrio dalam siriĀ Hawkeye,Ā dan penampilan sulung mereka dalam MCU telah membawa kebangkitan semula minat terhadap siriĀ Daredevil.Ā
Sudah lebih tiga tahun sejak Musim 3 Daredevil berakhir, dan siri itu kini menduduki tempat kelapan dalam senarai 10 Teratas SVOD Nielsen untuk rancangan asli antara 20 Disember – 26 Disember.
Pekara ini tidak pernah berlaku lebih-lebih lagi untuk rancangan televisyen yang telah dibatalkan beberapa tahun lalu. Tetapi, ianya masuk akal kerana para peminat mungkin menonton kembali siriĀ DaredevilĀ atau menontonnya buat kali pertama selepas bertemu dengan watak-watak ini dalam MCU.Ā
Menurut data yang dikongsikan Variety, Daredevil memperoleh jumlah tonton sebanyak 195 juta minit untuk kesemua 39 episodnya.
Bagaimanapun, hanya Daredevil sahaja yang mencatatkan lonjakkan jumlah penonton, untuk siri-siri Marvel Netflix lain seperti The Defender, The Punisher atau Iron Fist, tidak sebarang perubahan atau minat dari penonton.
Marvel Studios dilaporkan mempunyai rancangan besar untuk watak yang dikenali sebagai ‘Man Without Fear’ itu. Menurut beberapa laporan, Cox dikatakan bakal muncul dalam dua siri terbaru MCU, She-Hulk dan Echo, dengan watak Daredevil itu dijangka mempunyai siri atau filemnya yang tersendiri.