Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung


Filem sulung The Mandalorian bakal memasuki fasa produksi tidak lama lagi.

Menurut pendedahan dari laman rasmi Star Wars, filem yang bertajuk The Mandalorian & Grogu akan dihasilkan tidak lama lagi. Filem tersebut akan diarahkan oleh pencipta siri Jon Favreau, dengan Favreau turut menjadi penerbit bersama Kathleen Kennedy dan Dave Filoni.

Produksi filem dijangkan akan bermula pada penghujung tahun ini.

“Saya suka bercerita tentang dunia yang luas yang dicipta oleh George Lucas,” kata Favreau. “Prospek untuk membawa Mandalorian dan perantisnya Grogu ke skrin besar adalah sangat menarik.”

“Jon Favreau dan Dave Filoni telah membawa masuk dua watak baharu dan disayangi ke Star Wars, dan cerita baharu ini amat sesuai untuk kr skrin besar,” kata Presiden Lucasfilm Kathleen Kennedy.


Anda boleh melihat lakaran konsep dibawah:

Buat masa ini, tarikh tayangan dan barisan pelakon lain masih belum didedahkan.


Related posts

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee

Tajuk “Indiana Jones 5” Telah Didedahkan, Saksikan Juga Trailer Terbaru Disini

Kakimuvee