Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Knives Out 2 dijangka akan ditayangkan di Netflix pada musim luruh ini, lapor Variety. Bagaimanapun, tarikh tayangan tepat masih belum diumumkan, dan pihak Netflix dikhabarkan akan menayangkan filem sekuel itu di festival filem terlebih dahulu sebelum memasuki platform penstriman. 

Butiran lanjut mengenai Knives Out 2 masih belum didedahkan, tetapi Rian Johnson kembali menulis lakonlayar dan mengarahkan filem hit itu. Penggambaran filem tersebut telahpun selesai pada September 2021 dan Johnson turut menjadi penerbit bersama Ram Bergman melalui syarikat penerbitan mereka T-Street Productions.


Daniel Craig kembali meneruskan peranannya sebagai detektif peribadi Benoit Blanc, dan dia akan disertai Kathryn Hahn, Ethan Hawke, Edward Norton, Dave Bautista, Kate Hudson, Janelle Monáe, Leslie Odom Jr, Jessica Henwick, dan Madelyn Cline.

Knives Out pertama kali memasuki pawagam pada November 2019 dan telah mendapat pujian dari pengkritik serta tercalon dalam beberapa kategori utama di Golden Globe dan Oscar. Filem itu juga mencapai kejayaan di Box Office dengan mengutip AS$311 juta dolar seluruh dunia dari kos pembikinan sekitar $40 juta dolar.

Filem pertama dibarisi pelakon bintang seperti Daniel Craig (No Time to Die) sebagai Blanc dan Christopher Plummer (All the Money in the World) sebagai Harlan, bersama Ana de Armas (Blade Runner 2049), Chris Evans (Avengers: Endgame), Michael Shannon (The Shape of Water), Lakeith Stanfield (Judas and the Black Messiah), Don Johnson (Django Unchained), Katherine Langford (Love, Simon), Toni Collette (Hereditary), Riki Lindhome (Kidding), Edi Patterson (The Righteous Gemstones), Jamie Lee Curtis (Halloween), Jaeden Martell (Defending Jacob) dan Noah Segan (The Pale Door).

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment