Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3


Disney+ Hotstar telah mengeluarkan treler baharu yang mendebarkan untuk Musim 3 Star Wars: The Mandalorian yang akan datang.

Poster baharu juga dikeluarkan untuk musim ketiga siri aksi langsung dari Lucasfilm, yang akan tersedia secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 1 Mac.

Perjalanan The Mandalorian melalui galaksi Star Wars diteruskan. Pernah menjadi seorang pemburu upahan tunggal, Din Djarin telah bersatu semula dengan Grogu.

Sementara itu, New Republic bergelut untuk membawa galaksi menjauhi sejarah gelapnya. The Mandalorian akan bertemu dengan sekutu lama dan membuat musuh baharu sambil dia dan Grogu meneruskan perjalanan mereka bersama-sama.

Siri ini dibintangi oleh Pedro Pascal, Katee Sackhoff, Carl Weathers, Amy Sedaris, Emily Swallow dan Giancarlo Esposito.


Pengarah lapan episod Musim 3 ini termasuklah Rick Famuyiwa, Rachel Morrison, Lee Isaac Chung, Carl Weathers, Peter Ramsey dan Bryce Dallas Howard.

Jon Favreau sebagai showrunner/ketua penulis dan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Dave Filoni, Rick Famuyiwa, Kathleen Kennedy dan Colin Wilson. Karen Gilchrist dan Carrie Beck ialah penerbit eksekutif bersama.


Related posts

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee