Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars


CEO Disney Bob Iger menyambung kontraknya sehingga 2026, dan eksekutif itu nampak mempunyai tugas yang perlu diselesaikannya sepanjang tempoh kontrak. 

Awal tahun ini, Disney menyusun semula perniagaan yang merangkumi langkah penjimatan kos sebanyak AS$5.5 bilion, manakala Iger juga perlu menangani beberapa kesilapan yang dibuat oleh ekskutif sebelumnya, Bob Chapek (termasuk perseteruan dengan ahli politik, penurunan kemasukkan taman tema, dan lebihan perbelanjaan untuk penstriman).

Peningkatan pesat dalam kandungan Marvel Studios hanya menurun kualiti francais itu, manakala Star Wars pula menjadi francais yang sekadar menumpukan kandungan televisyen, bukannya teater. 

The Mandalorian, Obi-Wan Kenobi dan Andor mungkin menjadi siri terbaik Star wars, tetapi tiada sebarang filem sejak filem terakhir The Rise of Skywalker pada tahun 2019. 

Kini, Iger mengesahkan bahawa dia merancang untuk ‘menarik balik’ perancangan kandungan MCU dan Star Wars.


Apabila ditanya wartawan mengenai perancangannya untuk mengurangkan kandungan kedua-dua francais itu, dia menjawab “Ya”. 

“Kita menarik balik bukan hanya untuk fokus, tetapi juga sebagai sebahagian daripada inisiatif pembendungan kos kami. Mengurangkan perbelanjaan untuk apa yang kami buat.”

Setakat ini, terdapat tiga perancangan filem terbaru Star Wars, manakala untuk rancangan TV, tiada apa yang diumumkan setakat ini melainkan musim keempat The Mandalorian yang dijadualkan kembali ke perkhidmatan streaming pada 2025.

Untuk MCU, peminat mungkin menjangkakan pengurangan kandungan untuk streaming. 

Anda boleh melihat komen Bob Iger mengenai pengurangan kandungan MCU dan Star Wars dibawah:

@cnbc

#Disney CEO #BobIger on Thursday rejected #Florida Gov. RonDeSantis’ campaign rhetoric against the company, calling the #Republican presidential candidate’s attacks “preposterous and inaccurate.” #LinkInBio for full details. #CNBC #Iger #DeSantis

♬ original sound – cnbc


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee