Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kos Pembikinan FAST X Hampir Menyamai Avengers: Endgame


Fast & Furious merupakan antara francais yang memberi keuntungan kepada Unversal Pictures. Namun, filem terakhirnya, Fast X, mungkin memberi cabaran yang besar buat studio itu sama ada ia mampu memberikan keuntungan sepertimana filem-filem sebelumnya, atau sebaliknya. 

Ini kerana, The Wrap mendedahkan sedikit butiran terbaru mengenai filem tersebut, terutamanya tentang kos pembikinan filem Fast X. 

Menurut sumber, filem akan datang dikhabarkan menelan belanja sekitar AS$340 juta, iaitu 70% lebih tinggi dari kos pembikinan F9: The Fast Saga tahun lalu. Jika laporan yang dikeluarkan The Wrap itu tepat, ini bermakna Fast X akan menjadi ansuran francais paling mahal setakat ini, malah bajet filem tersebut hampir menyamai kos pembikinan Avengers: Endgame iaitu AS$356 juta. 

Laporan turut menyebut, kos yang tinggi disebabkan barisan pelakon gred-A, yang menyumbang kepada sebahagian besar bajet, termasuklah kos pengeluaran yang semakin meningkat disebabkan pandemik. 

Namun, tidak dipastikan sama ada kos tersebut meliputi satu filem, atau keseluruhan filem, kerana Fast X dibahagikan kepada dua bahagian dengan bahagian pertama akan ditayangka pada 19 Mei 2023, diikuti sekuelnya, pada tahun Februari 2024. 


Dengan bajet yang cukup besar, Universal Pictures pastinya mengharapkan Fast X dapat menjana kutipan yang cukup tinggi di awal tayangannya, dan sekurang-kurangnya dapat menjangkau kutipan lebih AS$1 billion dolar apabila ia berada di pasaran selama beberapa minggu. 

Fast X telah menarik beberapa nama besar untuk menyertai filem akan datang, dan ini termasuklah pemenang Oscar yang juga bintang Captain Marvel, Brie Larson, bintang Aquaman, Jason Momoa, Daniela Melchoir (The Suicide Squad) dan Alan Ritchson. 

Selain Vin Diesel, filem akan datang turut menyaksikan barisan pelakon asal kembali mengulangi peranan masing-masing seperti Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Charlize Theron, Ludacris, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Sung Kang, Michael Rooker, dan Scott Eastwood.

Louis Letterier (The Incredible Hulk; Now You See Me) mengambil-alih tugas pengarahan dari Justin Lin, yang berundur dari projek disebabkan perbezaan kreatif dengan Diesel dan pihak studios. Lakon layar dihasilkan Lin dan Dan Mazeau.


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Vin Diesel Umum Tarikh Tayangan ‘Fast X Part 2’, Puji Lakonan Jason Momoa

Kakimuvee