Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya


Tom Cruise masih lagi mengerjakan filem bercita-cita tingginya – iaitu filem yang akan berlatarbelakangkan angkasa lepas. 

Pelakon Mission: Impossible itu nampaknya tidak pernah takut dengan cabaran besar. Sebagai seorang pelakon veteran yang telah menarik perhatian ramai penonton selama empat dekad yang lalu, Tom Cruise mempunyai semangat penggembaraan yang mendalam.

Dia telah melakukan pelbagai pekara, dari terjunan payung terjun, melompat dari bangunan ke bangunan sehinggalah menerbangkan pesawata. Dan kini, dia akan melakukan satu lagi pekara yang anda fikir mungkin sangat sukar, tetapi tidak mustahil, iaitu mengerjakan filem di angkasa lepas – angkasa lepas yang sebenar, bukannya di mana-mana studio Hollywood. 

Apabila ditanya wartawan mengenai status filem angkasa lepas semasa tayangan perdana Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One, dia menjawab, “Kami telah mengusahakannya dengan tekun dan kami akan melihat sejauh mana kami akan pergi.”

Filem bercita-cita tinggi Tom Cruise itu mendapat sokongan banyak pihak dengan Elon Musk dan NASA turut menjadi sebahagian dari pasukan filem itu. Pengarah Edge of Tomorrow Doug Liman akan mengarahkan filem itu. 


Cruise telah membentangkan idea filem itu kepada eksekutif Universal Pictures Donna Langley menerusi panggilan Zoom. Langley berkata, lokasi filem itu kebanyakkan diangkasa, tetapi karakter Cruise akan menggembara ke angkasa lepas untuk menyelamatkan keadaan.

Namun disebabkan pandemik, serta insuran angkasa menyebabkan filem yang dirancang pada tahun 2021 itu telah tertangguh buat seketika. 


Related posts

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee