Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ikon Power Rangers Jason David Frank Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun


Peminat Power Rangers bersedih hari ini selepas ikon Power Rangers, Jason David Frank, telah disahkan meninggal dunia pada hari ini. Frank terkenal kerana memainkan watak Green dan White Rangers dalam siri awal Power Rangers.  

Berita sedih itu diumumkan rakannya, Mike Bronzoulis, yang menulis di halaman Facebooknya dengan mengatakan bahawa dia “masih terkejut” dengan berita kematian Frank. 

“Saya berasa amat teruk apabila dia menelefon meninggalkan mesej kepada saya, dan saya mengambil masa [terlalu] lama. Jason adalah kawan baik saya dan saya akan merinduinya.”

Beberapa jam kemudian, wakil Frank mengesahkan berita kepada TMZ bahawa bintang Power Rangers itu telah membunuh diri.

Tolong hormati privasi keluarga dan rakan-rakannya pada masa yang menyedihkan ini kerana kami menerima kehilangan insan yang begitu hebat,” kata wakil Frank. “Dia sangat menyayangi keluarga, kawan dan peminatnya. Dia benar-benar akan dirindui.”


Selain membawa watak Tommy Oliver sepanjang siri Mighty Morphin Power Rangers, dan spin-offnya, Frank juga merupakan seorang atlet bela diri yang dihormati. Dia mempunyai rekod seni mempertahankan diri campuran yang tidak pernah kalah, setelah memenangi satu pertarungan profesional pada 2010 dan empat pertandingan amatur sebelum itu.


Related posts

Tonton Peranan Terakhir David Frank Dalam Teaser Legend of the White Dragon

Kakimuvee

Pelakon Asal “Mighty Morphin Power Rangers” Kembali Bersatu Dalam Acara Ulangtahun Ke-30

Kakimuvee

Jonathan Entwistle Ketuai Perancangan Filem & TV Power Rangers

Kakimuvee

Bintang Mighty Morphin Power Rangers Mahu Netflix Hasilkan Siri Reunion Yang Menampilkan Pelakon Asal

Kakimuvee

Power Rangers Akan Dihasilkan Semula, Kali Ini Dibawah Studio Paramount

Kakimuvee

Power Rangers Akan Di’Reboot’ Sekali Lagi

Kakimuvee